Khamis, 29 Disember 2011

Simple update untuk FINAL...

Add caption



UNLOCKING OUR POTENTIAL!!

GOOD LUCK TO ALL...


Jumaat, 23 Disember 2011

HATI mu HATI ku JUA

ASSALAMUALAIKUM  semua.....


Sesungguhnya hati kita sama, tetapi kandungannya berbeza...sakit bila disakiti dan dikhianat..tetapi cara kita berbeza. Bak kata pepatah: rambut sama hitam hati lain-lain


Khamis, 22 Disember 2011

Final exam lagi

 Salam semua, lama dah aku x update blog ni..hahaha
sekarang sibuk sangat dengan  final year project, jadi dengan ini aku mengambil kesempatan mengucapkan selamat ...jeng2...



ucapan ini ditujukan juga kepada adik2 junior dan kawan2yang terlibat...hehe..semoga semester ini lebih baik dari semester yang lalu...amiin...

kataRatu: All the best!!

Isnin, 5 Disember 2011

Teman sebilik




~ Assalamualaikum...<3 ~

Siapa pernah tengok cerita ni...?? mesti  ramai yang dah tengok kan, cerita yang agak menakutkan bagi saya ..hehe (penakut). cakap pasal roomate ni..macam-macam kes, termasuklah kisah dalam cerita The Roomate ni la kan...agak2lah kan..ada tak org mcm watak Rebecca ni??   eeeehh...TAKUT..jangan...


I bukan nak cerita pasal  si rebecca ni ,  tapi nak sentuh pasal Roomate ...hehe
biasanya yang ada roomate selain adik beradik ni, bila masuk asrama, kampus, rumah sewa dll.

Khamis, 1 Disember 2011

Cricket molting II -ADULT

 
Female :Few minutes after molting-have wings

Sabtu, 12 November 2011

Kisah sejuta kata


"Kisah sejuta kata" terlampau banyak kisah kita dalam hidup kan..tapi susah nak cerita sebab perlu keluarkan sejuta kata. semua insan didunia ni mesti ada kisah-kisah menarik dan sedih...hehe
  ah pernah baca buku " jangan bersedih" bacalah buku ni best...(tak abis baca pon..hahaha)

tapi buku ni bestlah...serius!

Herba khazanah ladang


Assalamualaikum,

Kali ini aku mahu berkongsi tentang herba . rasanya membazir simpan gambar-gambar ini kalau tidak dikongsi bersama. 

Rabu, 9 November 2011

Cricket Molting

Cricket Nymph

adakah saya belajar cara yang Betul??


Assalamualaikum, 
hari ini aku  kongsi tentang belajar pula...hehe

Seminggu yang Lalu aku dapt tahu Markah Test I aku REndah boleh dikatakan tergolong dalam golongan tercorot.. 

kemudian sehari yang lalu, member (member dapat markah tinggi) bgtaw... study kena lah ada 3 perkara

Apakah 3 perkara tu??????

Selasa, 8 November 2011

Menu Hari ini= Lunch + Dinner

Assalamualaikum...



Alhamdulillah rezeki hari ini...

hehe...adik-adik junior masak. ini bukan saya buli...dieorg yang nak masak..


iNI  telur  mata  Bulan sabit Masak sos Cili untuk makan malam...hehe

ini Tomyam Campur lauk makan tengah hari...jangan tengok rupa...Sedapppppp...



KataRatu: agak2 boleh buat  bisnes tak??

Jangan Berputus Asa- Ingat Lima perkara




Aktiviti pertama:  tidur berlebihan...kritikal kritikal


Aktivit kedua


Aktiviti Ketiga: Makan

Isnin, 7 November 2011

Dimana ada Kemahuan Disitu ada Jalan

Siapa Pandai Masak??



mesti semua orang jawab " saya pandai masak!" mestilah semua orang pandai memasak, kecuali orang2 yang betul-betul tidak boleh memasak sebab tidak mampu...


semua boleh memasak jika ada kemahuan...

Membazir masa.......

 ASsalamualaikum...

Kenapa pelajar selalu membazir masa??
HOBBY...hehe

Memang jadi pelajar IPTA ni satu status yang paling menyeronokkn...kenapa??...sebab selalu ada masa yang menyeronokkan walaupun mengatakan "AKU SIBUK, JANGAN KACAU!"

Jumaat, 4 November 2011

Penyelidikan~Research~



Research dengar macam susahkan, memang bukan mudah pun...kena banyak bekorban masa berseronok, bermain games dan macam-macam lagi. bak kata pepatah:


"bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian"


Ingat ALLAH s.w.t selalu dan semua akan menjadi baik. (peringatan untukdiri sendiri)


Anggaplah masalah itu adalah ujian dari ALLAH dan bukanlah satu hukuman. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Pemurah dan Penyayang...




Buat kawan-kawan yang terlibat dengan Final Year Project...banyakkan bersabar, ini adalah permulaan sebelum kita melangkah ke alam pekerjaan...




FIGHTING!! gunakan semua kemampuan yang kita ada...hehe


KataRatu: Cuti sorang2 ni membosankan...

Hari Raya Aidiladha

 Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah s. w.t , Tahun ini kita masih berpeluang menyambut Hari raya Aidiladha dan bagi yang mampu, masih berpeluang menunaikan ibadat haji..


Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Dipetik dari:  http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidiladha


Dengan ini aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada kawan-kawan yang menyambut,keluarga dan juga seluruh rakyat Malaysia...

Bg kawan-kawan yang balik rumah,  semoga bergembira dan jangan lupa buat assignment...hehe

Bg kawan-kawan yang tidak balik...jangan sedeh2... 


Apa-apa pun semoga apa yang kita lakukan dimudahkan oleh ALLAH s.w.t..Amiin..




kataRatu: aku mawu balik juga!!.....

Selasa, 25 Oktober 2011

Learning from Mistakes





What do you think about B.A.D?
You can say:
  1.   unpleasant
  2. full of problems
  3.  bad weather
  4.  bad dream
  5.   bad habit
  6.  bad behavior
  7.  Bad Grammar (may be its me…LOL)
  8. Bad looking
  9. Bad people
But how about Bad-Min-ton (LOL….joking) bad-min-ton is not included what I mean for B.A.D.
Nowadays bad can anywhere, anytime and anyone can become a bad. Trust me or not you can try observing and seeing what happens around you. 

Your sister or brother, mom and dad, friends, boyfriend, girlfriend, best friend, teacher, roommate and etc. all can cheat on you anytime and anywhere. But it’s no point to not trust them at all. Don’t do that, because B.E.L.I.E.V.E is very important in any kind of relationship. Without trust and Believe you can’t going anywhere and you are nothing.

If you don’t people do something bad to you, don’t do it! 

If you not ready become a bad person, don’t do it because it’s YOU who hurt most.

If people do something bad to you, takes it easy and solve it.
Don’t do something rush because it waste your time. COOL its Right word… -I think-


So, try becoming a patience person from bottom your heart. Bad and Good things always come to us because God wants to test us either we a bad or good person.




KataRatu: Learning from Mistakes

Isnin, 24 Oktober 2011

New Task New Things

Trial Project (Cricket)

I choose this project because cricket is very interesting insect.So, i study its life cycle from the egg until become adult. lets follow cricket Life cycle...its maybe take more than 1 month to become adult


Eggs of Cricket

This is my first time to see the cricket eggs, the eggs were incubated for 10 days  but its still not hatch

So, i keep waiting, now all my cricket's eggs start hatch.

newly hacth juveniles
 

So, that all because this project still in progressing



kata Ratu: wahh...best bela cengkerik ni dari awal, boleh tengok dorang menetas...hehe

Rabu, 15 Jun 2011

praktikal part 7~ Jadual Hari ini

assalamualaikum.....

jom tengok aktiviti hari ini...
  pagi ada kuliah....bersama dengan en. ashraf...hehe

selepas itu, ada  praktikal...dan dijangkakan...kami join lawatan dari unisza di lgm ni....

waaahhh, tak sabar habis kuliah pagi ini....

ooooppppsss masa untuk pergi kuliah....

babye....

kataRatu: kuliah lagi.....huhuk

Selasa, 14 Jun 2011

Praktikal part six~ Story Before Break

Aku  dan kawanku sibuk menanam,menyiram,hybrid pokok-pokok, ....hmmm  bilalah  magic plant ni

muncul...puas aku kacuk,species ni,species ni ,semua tidak jadi......aku fikir-fikir lagi....duduk berangan...sambil menunggu masa rehat tengah hari...

berangan punya berangan,tetiba muncul lembaga hitam depanku...mata aku beralih alamak  lembaga apa ni..

 

"ni kak nurul ke?"

aku berpaling....
ya allah...bercakap pula lembaga ni...terkejut aku, mana tidak baju hitam,beg hitam,kulit pun gelap juga..nasib  baik aku sihat2 juga...hmm budak ni, ingatkan  dari mana,   officer ker, ape ker,....nasib baik tak kantoi  main game plant tycoon ni...hehe...aku tgk kawanku yang duduk sebelah aku jer..

" bukan kak nurul  eh, ni adik dia ker?"budak tu tanya lagi...
aku dan kawan aku berpadangan sesama sendiri

" eh bukan,kak nurul  keluar  tadi,..tunggu la kejap" jawabku

" ni bukan adik nurul, ni sape ni?? pekerje sini ker??"tanya dia lagi...

" kami budak praktikal" jawabku lagi

" dari mana, umur bpe ni??" banyak tanya pula budak ni....

" kami dari unisza, sya 22thn"

"nampak tua"
lebih kurang macam tu aku dengar keluar dari mulut budaktu...aku dan kawan aku senyum jer...
pertama kali orang cakap aku ni nampak tua, biasanya orang yang pertama kali jumpa@nampak aku anggap aku ni budak  darjah 5 la, budak MRSM lah...ni lain plak

selepas tu budak tu bercakap lagi,
" nanti tolong sampaikan kak nurul boleh, saya ni dari KFC, kentuckyfriedchicken, korang taw kan...
bukan kelantan  fried chicken yer....blah...blah.."
tidak lawak  pun,panjang  sangat budak ni bagi pesanan, aku bukan ingat semua nanti...
tetiba kak laili  datang..selamat rasa

" itu kak nurul ke??" tanya budak tu...
"bukan, tu kak laili"
" eh ni budak praktikal ke? dari mana?" tanya kak laili kepada budak tu...
" tak, saya dari KFC...blah....blah" pas tu budak tu ikut kak laili...
hehehe.....kak laili yang  tidak pernah tegur kami pun berbual dengan budak tadi...lama juga..selamat, selamat...
aku dan kawanku pun sambung bermain game.....nasib baik tak kantoi main game masa opis hour..hehe

bunyi jam opis pun berbunyi....yeah...yeaaa...bole balik lunch...
kami pun balik rumah, tak sabar keluar dari opis ni...hehe

kataRatu: balik umah makan megi jer....huhuk...

PRAKTIIKAL PART 5~ Today + Yesterday=???

assalamualaikum...

ini mau buat cerita yesterday morning, semalam aku dan member aku pegi menuntut ilmu di bahagian pengurusan rumpai...
memang mencabar kewanitaanku...mana tidak, penolong RO  suruh aku meracun, naidah pun kena buat juga...berat ooooooo....sampai pagi ini bahu kiri macam mau patah...
ikutkan tidaklah mencabar sangat, sebab kami bukan guna racun betul2 pun air seja bah...hahahhahaha....
ah lepas meracun tu kami pun pergilah Germplasm getah.....so surprising....getah origin dari brazil tu
1st time tgk depan mata, pokok dia tinggi, batang pokok besar....biji getah dia cantik...tapi yang kurangnya getah dari brazil ini getah susu kurang...


 ini la pokok getah original dari brazil.....


kalau di bandingkan dengan getah original dari malaysia pokok rendahlah sikit, renek biji getah hitam, tapi keistimewaaan getah asal malaysia ni banyak susu....



 ini pulak pokok getah tempatan....mcm bukan pokok getah...kan...

sebab itulah kita perlu kacukan kedua-dua baka ni...jadilah pokok getah yang biasa kita semua nampak sekarang.....banyak susu, tinggi daun  ala2 macam pokok getah brazil....

selepas tu, sebelah petang pula, kami masuk lecture...waaah...pensyarah baru

nama pensyarah : mr. Goh
subjek: Rumpai
masa: 2.30 ptg
tempat: opis mr. Goh..

haha..1st time pegi kuliah mcam ni...seronok juga..kalau mr.Goh tu jadi pensyarah di Unisza pun boleh...hehe


Hari ini pula pergi kuliah dulu...praktikal xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx maksud dia tiada...No praktical...huhuk..cedeh..sob...sobs...

nama pensyarah : mr.fauzi
subjek: soil
masa: 8.00pagi
tempat: opis mr. fauzi
hehehe..bila tengok pensyarah ari ni, teringat pula zaman boys sekolah dulu-dulu...hahahhahahahak...
...rambut ala2 korean gitu..hehe
tapi zaman sekolah kalau rambut mcm tu...nama masuk buku disiplin..hahaha
apa pun banyak  ilmu yang kami dapat dari opis mr.fauzi ni walaupun dia pengganti,dia memang best..
boleh jadi pensyarah...hehe...


jadi ini sejalah cerita hari ini , Today +Yesterday= Two Days

KataRatu: lapar weiii.......huhuk...food....food...

Jumaat, 10 Jun 2011

Praktikal Part 4~ The Best Day~

Aku  masuk opis hari ini jam 245 petang sebab hari jumaat...
pagi tadi jumpa penyelia Akademik ~ Dr. Hafsaf..hehe
mula2 pegi sarapan sama2, g jumpa kawan dr. hafsah...dapat lah jumpa orang VIP dekat LGM ni hehehe...

pastu baru balik opis..present depan dr. hafsah....takut..~.
2 hari 2 malam aku tidak boleh tidur  nyeyak...huhuk...biasa la takut present, cakap depan orang ramai bukan pandai sangat...

pukul 9 pagi tadi, pas makan, kami pun pegi masuk bilik gerakan...set up laptop, buku...apa2 la yang patut...tetiba Lcd tidak boleh detect laptop aku...huhuk...
terpaksa present tanpa lcd...present tidak guna lcd ni kurang la skit penakut ni...hahha

mula la aku dan member aku yang dikenali nama Naidah...blah...blah...blah...sampai abis...
tetiba dapat kekuatan speaking...kakkaka...tu pun baca slide jer...

fuuuh! lega rasa...hahahhaa...rasa bebaloi juga stay lama2 di opis buat slide presentation semalam..terima kasih banyak2 lah kepada penyelia industri...dia bagi banyak tunjuk ajar...siap stay opis sama2...khihi


alhamdullilah...semua berjalan dengan lancar....




kataRatu:  3 minggu lagi praktikal...hehe

Rabu, 8 Jun 2011

Praktikal Part 3

Assalamulaikum....

 Excited nak pegi kerja hari ini......
sudah 3 minggu aku dok umah dekat LGm ini baru aku pandai kunci padlock umah tu...kakakkaka

so EXCITED.....!!
tapi ada yang ndak siuk ni...hari jumaat kena present, jdi banyak kerja ni mau buat....nerves huhuk  
tambah pening aku ari ni..kerja lebih skit siapkan slide..
minta2 ok2 la juga hari jumaat ini...kan...kan..
okay dah pukul lima....mau besiap balik....bye3x

 wassalam.....

kataRatu: Aku mau Praktikal ni habis cepat2......ndak siuk!

Selasa, 7 Jun 2011

Praktikal Part 2

assalamualaikum,

Hari ini hari ke-16 hari aku berkerja sebagai staff LGM hahahha...berangan...

ada dua perkara yang menggembirakan hari  ini , yang pertama dapat makan nasi lemak Kafe Hevea dekat

LGM ini...dengar kakak staff cakap dekat sini...SEDAPPPPP......

memang sedap...sambal nasi lemak kafe hevea sedap....

yang kedua masa hari ini rasa cepat jak berlalu...pejam celik, pejam

celik..pukul 1...yeaaa....boleh balik REHAT....ndak rasa bosan pun....

petang ini aku mau kongsi pula apa yang terjadi dalam makmal LGM sg. Buloh ini....




ini lah ladang getah tempat kami ambil sempel getah,....banyak nyamuk ni ndak payah lah cerita banyak...semua org kenal nyamuk...kekee



ini lah sempel getah...kena masuk dalam ais nanti beku..pastu kami bawa pegi makmal.. 




 botol ni jangan tengok kecik...penutup dia ketat susah betul mau buka...silap2 boleh pecah...pengalamannn~



 pastu..ktaorg masukkan dye, bagi latex ini ada warna pink skit..ndak la boring..hehe
 sebenarnya utk membezakan latex dengan Bottom fraction




 seterusnya......


 dan seterusnya....ini kena lembut2...jangan kasar2 nanti patah bah lidi tu...


 
 kami masukkan lidi tu dalam centrifuge machine untuk mendapatkan bacaan bottom fraction (BF)




 dah siap, kitorg pun ambil la bacaan BF
 inilah ujian SSA dan TCA ....hehe...
ok..ini jer nak kongsi sebenarnya...hehe..

wassalam....

kataRatu: esok kena kerja sampai malam....huhuk

Isnin, 6 Jun 2011

Praktikal Part 1

Assalamualaikum......

hehe...lama aku tinggal blog aku...WaaaHh...

sekarang ini aku tengah Praktikal dekat LGM (lembaga getah malaysia)...ceeeh...

tapi kerja duduk opis jak banyak....hehee..mula2 memang YAHOOOOO!!...tiada keja pun mau buat kan..online jak....

lama2....rasa BoSaN.....huhuk...sudah tu lgm block semua...facebook,syok.org, mediafire...semua lah...yang best2 semua kena block....website2 utk berita2 pun kena block....
kalau mau download2 tu...give up la awal2 buang masa jak try and error...

hmm memang ini yang dikatakan suasana kerja....Kena focus masa kerja..jangan lalai benda lain...hehe
(kantoi buka blog) hahaha....

sebenarnya ada juga kerja tapi ndak banyak bah...tolong PRA ambil sempel untuk makmal...buat expeRiment...hehe...

bah...sambung buat kerja dulu....kerja apa??? 
buat buku log ler.....hehe...

KataRatu: selamat praktikal kawan-kawan...hehe

Rabu, 4 Mei 2011

Buat Teman-temanku...


assalamualaikum...aku saja nak ucapkan...



SELAMAT HARI JADI KEPADA SEMUA YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN....

Blogger Graphics
I found some really Cute Blogger Layouts at Doobix.com


dan....


SELAMAT BERCUTI KEPADA KAWAN-KAWAN YANG BALIK RUMAH AWAL, JUGA YG BALIK LAMBAT...HATI2 TAW....
SAYANG U ALL SELALU...
Blogger Graphics
I found some really Cute Blogger Layouts at Doobix.com



JUMPA NEXT SEMESTER YER....
Blogger Graphics
I found some really Cute Blogger Layouts at Doobix.com

Isnin, 2 Mei 2011

USIAKU MENINGKAT LAGI...hehe

SELAMAT HARI JADI...!!!

kepada diri sendiri hehe... umur aku sudah genap 22 tahun....xlama lagi grade..., kerja, kawin, jadi ibu, nenek,....dn setrusnya....

semoga allah mengabulkan smua impian aku..dan  memanjangkan umur mak aku yang bersusah payah lahirkan aku ketika 3 mei ini dan bapa aku yang bersusah payah besarkan aku sampai sekarang...Amin...amin..amin

banyak kenangan 03. mei bagi aku...hehe sejak di bangku sekolah lagi....setiap kali 3. mei..ramai kawan-kawan, keluarga dan cikgu2 wish hari jadi....


tu yang buat aku senyum jak spanjang hari... apa org terengganu ckp (senyum sokmo) hehe.....dulu banggalah sebab makin besar la katakan.....sekarang hehe...makin lama makin tua pula aku rasa....hehe

antara parti2 befday yang aku TIDAK BOLEH  LUPAKAN masa kat sekolah rendah, satu parti befday xle lupakan, masa tu... satu kelas buat kejutan, memang best la....ada kek, banyak hadiah....dapt telur sebijik....memang x dpt lupakan...BUSUK...seminggu baju bau telur...nasib baik telur tu grade A...hahaha...



selepas tu, masa kat PLKN, masa ni kawan-kawan sekelas masa kelas kenegaraan buat parti befday...hehehe...tetiba rindu kat diorang pulak....
 masa ni sambut befday ngan sorg member lagi, dia pulak lahir 4 mei.. ingat lagi nama dia SHALLY...hehe...


yang ketiga pulak masa kat universiti ni..., dari semester2 lalu, kawan selalu buat kejutan macam2...hehe
 yang xboleh menari ttba bole menari masa sambut befday member....LUCU plak...rindu sgt time2 ni...ada tu siap pakai costume lg...hahahahha...kenangan yang paling aku tidak boleh lupakan sampai bila-bila...

smpai la ke hari ini...HARI JADI YANG KE-22....
dah tua upanya aku ni...



ini lah orang2 bt aku terharu lebih2.....
pada minit pertama aku genap 22 tahun hehe..
yang bunga n kad merah tu dari someone yang special sangat...tq taw ,1st time dapat bunga masa befday....sayang u selalu..hehe

kad befday yang ada gambar hadiah tu dari kawan yang terbaik..DURRAH..hehe...mmmmwuahh
yang kad paling kretif tu pulak...dari roomate DILA...hehehe...hadiah berbalut tu pun dari DILA jg...tq banyak2 taw... hehe =)

terima kasih juga yg wish kat fb, handphone n yg wish face to face......

TERIMA KASIH   semua.......love u all....mmmmwuahhh.....

goodnite...n assalmualaikum...masa utk mimpi best2 =))

Khamis, 28 April 2011

Belajar---Usia Bukan Jadi Ukuran

Terharu bila baca berita KOSMO hari ini...

 Dipetik dari KOSMO

Lelaki 82 tahun lulus ujian motosikal

28/04/2011 6:00pm

TUMPAT – Demi kasih sayangnya kepada cucu, seorang warga emas sanggup bersusah payah berpanas mengambil ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mendapatkan lesen menunggang motosikal.
Abdullah Che Ibrahim, 82, berkata, sungguhpun agak perit bagi orang telah berusia lanjut sepertinya, atas rasa tanggungjawab menghantar cucunya ke sekolah menggunakan motosikal, beliau sanggup menjalani ujian itu.

Abdullah berkata, beliau mengambil ujian kerana sudah serik disaman oleh polis kerana menunggang motosikal tanpa lesen.

Beliau merupakan satu-satunya warga emas yang lulus ujian bagi mendapatkan lesen menunggang motosikal setelah dapat melakukan pusingan lapan, meniti di garis lurus dan melakukan brek kecemasan dengan sempurna.

"Saya gembira dapat lesen dan kini dapatlah hantar cucu ke sekolah dan jalan tanpa bimbang,” katanya kepada pemberita selepas menerima lesen itu pada majlis penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ di Sekolah Kebangsaan Sri Neting, dekat sini, hari ini. – Bernama


terbuktilah, usia  bukan menjadi ukuran untuk belajar sesuatu, inikan  82 tahun, lelaki yang boleh bergelar datuk kepada cucu ni boleh lulus ujian menunggang motosikal, kenapa tidak anak muda mudi kita sekarang...inilah yang dikatakan kesungguhan dan keihklasan melakukan sesuatu

bak kata pepatah "Dimana ada kemahuan, disitu ada Jalan"

Dengan niat yang baik, matlamat kita pasti berjaya dengan rahmat dan pertolongan dari yang MAHA KUASA......

kata Ratunara: menuntut ilmu sampai ke akhir hayat....hehe... Beruntung ada datuk cam ni...=)

Ahad, 24 April 2011

BICARA HATI...~berjuang di hari pertama....~


hari ini, hari pertama aku dan kawan-kawan aku duduk di dewan peperiksaan selama 2 jam....
pada mulanya aku membuka helaian kertas soalan...berdebar rasa....
fuhh...lega,syukur soalan tidaklah susah sangat....(senyum puas dalam hati)
aku mula menjawab dengan penuh yakin....
tiba-tiba pertengahan soalan....ALAMAK!!
ah, menyesalnya,sub topik yg aku abaikan masuk pula...

aku berhenti menjawab dan membaca ke soalan seterusnya...
OMG,..soalan macam  ini pun ada,..matila aku macam ni,
, tidak ada idea langsung
apalah nasibku ini....

kemudian.............

aku berhenti menjawab dan merenung kwn-kwn sebelah,
ada yang bertungkus-lumus, ada yang macam aku, duduk termenung....hehe
 
akhirnya 20 minit  yang terakhir, aku terpaksa menjawab soalan,
walaupun agak mengarut, yang penting ada jawapan dalam setiap soalan

itu lah yang terjadi hari ini....sangatlah misteri bagi semalam...
esok pula jadi misteri bagi hari ini...
dan lusa pula paper yang ke-2 dan ke-3...

mudah-mudahan, semua berjalan dengan baik...AMINNN....


.



Rabu, 20 April 2011

REHAT SEKEJAP.....

ASSALAMUALAIKUM....& have a nice day -------->
to all my friends and my blog reviews.......smile always...hehe




This time I wanted to share with you about my goals last time during I was in semester 4 and 5
have you ever heard, write your goals on paper or anywhere will become a reality ....??

This happened to me during I was in semester 4 and 5. at the beginning of the semester I will write a pointer that I want to accomplish. then after the semester ended, the same results come out with my goals early in the semester ..... wow, So amazing right!!, I am so happy and thankful to Allah....
 
I can feel something now.....this semester is more frightening than last semester .... REALLY??

 
hehehe......takut tak kawan-kawan??

I pray, this six-semester, I can achieve my goals again. so did my friends, may all be get good  RESULTS AGAIN AGAIN AND AGAIN......


WISH U ALL GOOD LUCK &

DON'T GIVE UP!
 
p/s: sorry la...english broken banyak..kakakaka  HOPE U LIKE IT
 

Ahad, 10 April 2011

KISAH PEMBERSIH


http://www.google.com.my/search?q=buang+sampah
"KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN"

Inilah yang sering keluar dari mulut sesiapapun, tidak kiralah tua atau muda.semua orang ada fitrah pembersih, cuma bezanya, malas atau rajin.

Akan tetapi, Wajarkah sesorang itu membuang barang orang lain, tanpa kebenaran dan tanpa bertanya hanya kerana barang itu kelihatan seperti SAMPAH dimatanya??
bagaimana kalau anda ada keluarga yang bersifat seperti ini, seorang yang PEMBERSIH. setiap kali membersih rumah ada saja barang anda yang hilang. apakah perasaaan anda??

bagaimanakah jika barang tersebut adalah barang yang anda hargai, barang yang paling susah nak cari kat dunia (bagi anda)hanya kerana anda tersilap letak dan kelihatan seperti sampah, seseorang telah membuangnya???pernahkah anda terpikir, jika anda mengemas rumah, anda melihat sekeping sampul surat yang buruk, comot, kotor dan sebagai seseorang pembersih anda jijik memegangnya dan terus membuang kepingan kertas itu tanpa menyelidik isi kandungan sampul itu?? bagaimana sekiranya sampul itu berisi cek bernilai juta-juta??
sekiranya sampul itu milik orang lain, mampukah anda menggantikan duit berjuta-juta??fikir-fikrkanlah....

p/s: kita sebagai manusia yang diciptakan mempunyai akal fikiran dan sememangnya hidup bermasyarakat, JAGALAH KEBERSIHAN DAN JANGAN BUANG SAMPAH SESUKA HATI

Selasa, 5 April 2011

TAHUKAH ANDA??

ASSLAMUALAIKUM.....entri kali ini aku nak berkongsi apa yang aku belajar semiggu yang lalu...kali ini Aku saja letak tajuk ini.....(TAHUKAH ANDA??)...zaman sekarang ramai anak-anak muda yang tidak mengetahui jenis-jenis ikan. Termasuklah aku sendiri. Jadi Praktikal kali ini, aku bersyukur sangat dapat mengenali ikan patin, belut dan ikan keli. mesti dekat luar sana ada yang geli dengan binatang ini kan...hehehe....

semasa praktikal kami ditugaskan untuk mengkaji perut ikan..bukan perut lain yer....kami memastikan apa yang ikan-ikan ini makan. Dengan yang demikian, pensyarah aku bagi ikan yang masih hidup. Ikan yang sudah mati tidak sesuai dijadikan specimen dalam experimen ini.

Mari kita tinjau bersama-sama...

Ini  alat-alat yang perlu ada
1. gunting
2. pisau
3. forceps
4. lain-lain yang sesuai




Kita mulakan dengan ikan patin 


Inilah ikan patin namanya..... (selepas habis experimen, member dah bawa balik dah ikan ni...masak kat umah dier...hehe)


Ikan patin selepas dibedah


sistem pencernaan ikan patin. yang 
kembung berwarna merah tu perut ikan patin...tu yang nak kaji tu...apa yang ada dalam perut ikan tu.....

kalau dekat rumah ini, sudah tentu kita tidak sempat kaji-kaji perut ikan kan..
.( buang jer terus...hehe)

selepas perut ikan dikeluarkan, kami memasukkan ke dalam petri dish untuk dilihat bawah microscope

 stereo microscope


Inilah makanan yang terdapat dalam ikan patin. (apakah ini??)
tahniah kepada kawanku yang berjaya menemui benda ini
(aku jadi tukang tangkap gambar jer...hehehe)


Ikan keli

selepas bedah ikan patin, kami bedah ikan keli pula....ikan keli ini bahaya sikit, sengat ikan keli perlu dibuang sebelum process membedah.


 disebabkan ikan keli ini masih hidup, 2-3 orang terpaksa pegang ikan keli ini. 
takut melompat keluar pula
(kalau dekat rumah ni, tak payah lah pegang ramai2 siang jer....hehe)


selepas  beberapa minit, akhirnya kawan-kawanku yang tidak mengenal putus asa, berjaya membuka luas perut ikan keli ni..."ah buka luas2, aku nak tangkap gambar ni,hehe".SYABAS!!! kawan-kawan...
.(ewww!!!)


Inilah uniknya sistem pernafasan ikan keli. 
terdapat seperti bentuk bunga-bunga yang cantik...
memandangkan aku tiada ilmu yang mendalam pasal sistem pernafasan ikan keli ini, tidak dapat dikenal pasti nama-nama setiap bahagian dengan tepat
(cantik la insang ikan keli ni...lain drpd yang lain..hehe


Cukup sampai ini sahaja untuk entri kali ini.. harap semua enjoy entri kali ini....hehe...cerita tentang belut tidak dapat disertakan. konklusi praktikal ini kurang memuaskan sebab kami tidak menjumpai pelbagai makanan dalam perut ikan tu....apapun kami semua happy!! 



wassalam....


Daisypath - Anniversary

Lilypie - First Birthday