Ahad, 24 Februari 2013

Rezeki untuk Mereka


Assalamua’laikum


Allah SWT berfirman yang maksudnya:

“ Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan”
(Al-Baqarah: 168)

Allah SWT berfirman yang maksudnya:
“ Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu rezeki halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman”
(Al-Maaidah: 88)



Orang – orang yang murah rezeki
1. orang bersilaturrahim
2. orang beristighfar
3. orang bertakwa
4. orang berderma di jalan Allah
5. orang yang berkahwin dengan  wanita solehah
6 orang berhijrah demi kebaikan
7. orang yang menolong orang susah
8. orang yang menuntut ilmu kerana Allah dan pembiayanya
9. orang yang menjaga kedua ibu bapa
10. orang yang menjaga anak
11. orang yang menggembirakan keluarga
12: orang yang mengerjakan haji dan umrah
13. orang yang mengerjakan solat
14. orang yang membaca Al-Quran
15. orang yang bertawakal

Sumber: Rezeki bermodalkan Ibadah ( Muhammad Isa Selamat)


Khamis, 21 Februari 2013

Pucuk Jambu


Assalamualaikum

Awal pagi lagi aku cakap tentang pucuk jambu, ini sebab adik kena cirit birit (=D) tunggu apa reaksi dia kalau dia tahu aku talk2 pasal dia hahahahahhahahahah....

Pucuk Jambu sumber : bayuputra.com
Pucuk jambu ada khasiat tersendiri, antaranya merawat cirit birit.  Ia selalu digunakan untuk merawat  sakit perut dan cirit birit. Ah korang bolehlah cuba. senang ja. ^^
Petik pucuk jambu dari pokok jambu, mesti kenal kan pokok jambu mana satu. Kemudian bersihkan dengan air bersih, selepas itu rebus pucuk jambu tu, dah cukup mendidih, ambil air ja, sejukkan dan minum suam-suam. inshaallah sembuh. ^^


p/s: lepas ni mau tanam pokok jambu pula, segan minta dari jiran.  ^^


wassalam

Rabu, 20 Februari 2013

Dinownsool Pokizak


Assalamualaikum

Dinownsool pokizak atau dimelayukan namanya boleh dikenali sebagai “acar peria”. Seperti yang kita sedia maklum, peria ini pahit dan ramai anak-anak muda menolak makanan ini dimeja makan.

Resepi ini disediakan untuk anda yang baru berjinak-jinak dengan sayur ini.
Bahan-bahan
1. Sebiji buah peria
2. Asam jawa
3. ikan masin
4. Halia
5. Garam
6. Sedikit MSG





Cara-cara
Hiris buah peria secara nipis lebih kurang 1cm dan rendam dengan air garam untuk seketika bagi mengurangkan rasa pahit. Garam boleh digantikan dengan limau nipis (lagi sedap). Sambil menunggu, bakar ikan masin sehingga masak, kemudian cuci ikan masin untuk hilangkan hitam-hitam kesan dibakar dan potong. Selepas peria dan ikan masin yang dibakar siap, campurkan kedua-duanya ke dalam mangkuk, campurkan halia sedikit dan masukkan garam dan MSG secukup rasa . Jangan bubuh banyak garam, ikan masin sudah cukup masin. Untuk menambahkan rasa sedap, bolehlah ditambahkan dengan cili padi mengikut kesukaan anda. Untuk menaikkan aromanya pula tambahkan daun selasih atau Lompodos dalam bahasa rungus.  Selepas tu simpan seketika dan dinownsool pokizak sedia dihidangkan...sedap cubalah sendiri. (^_^)

wassalam.


Selasa, 19 Februari 2013

Magandaha Tanjung Simpang Mengayau


Assalamualaikum


Tanjung Simpang Mengayau, antara tempat yang menarik di kudat, banyak lagi tempat lain, antaranya Pantai Kimihang, Pantai Bak Bak, Pantai Kelambu, dan macam2 tempat lagi, aku tidak sebut disini sebab belum pernah pergi lagi (^_^). inshallah kalau ada rezeki aku pergi la kesemua pantai yang ada di kudat ni.

Cuti tahun baru cina ni aku pun tidak ketinggalan pergi bercuti, tiada tempat lain, Simpang Mengayau lagi...

Sign Board ni boleh kita nampak di Pekan Sikuati (^^) Jauh lagi Tip of Borneo tu..
Hari ahad di pekan sikuati, masyarakat di sini datang memeriahkan lagi "TAMU SIKUATI"  best....Lama betul aku tidak menjenguk tamu sikuati ni, dekat 5 tahun, dulu setiap hari ahad datang, sebab sekolah di kawasan ni. Tamu Sikuati atau juga dikenali Pasar ni, berbeza dengan pasar di semenanjung Malaysia, makanan semestinya berbeza, cara peniaga meniagakan produk mereka pun ada bezanya, masyarakat pun berbeza, secara kesimpulan budaya hidup berbeza, tapi jangan lupa we are 1MALAYSIA.  (^_^)

Semasa aku menghabiskan masa di tamu ni, aku dapat juga snap gambar yang menarik perhatian aku;      semestinya makanan (aku tengah lapar ketika ni, awal pagi hehe) ,perhiasan tradisional dan sigup. Ada mcam2 lagi tapi ni ajala yang dapat dikongsikan di tamu sikuati ni, kamera pun tidak secanggih mana....


Antara Makanan yang ada di Tamu sikuati.
Banyak lagi makanan di sini, disebabkan kawasan ni sibuk, aku snap sikit2 aja, hmm nampak ka minuman colorful tu, sepanjang aku  hidup di Terengganu, belum pernah lagi aku nampak minuman warna kuning mcm tuh..ka aku ni tidak perasan minuman2 di Terengganu (^_^)


Perhiasan pakaian tradisional  kaum rungus (gambar atas: Orot , gambar bawa atas; lungkaki)
Banyak lagi perhiasan baju rungus, tunggu  mak aku habis tempah semuanya, baru aku sambung cerita tentang pakaian tradisional rungus. (^_^) or mungkin aku bole cuba pakai semuanya...in my dream haha

Perhiasan Tradisional Kaum Rungus
Manik2 ni  dicucuk dan direka sendiri oleh masyarakat rungus disini. Cantik dan unik...kalau ada masa aku sendiri pergi melawat Longhouse di Kampung Tinangol. Selalu pergi kampung tu tapi tidak pernah masuk LOnghouse. rugikan...huhu

Ini lah "Sigup"


Khamis, 7 Februari 2013

Sk Tiga Papan

Assalamualaikum

Kali ni cerita tentang sekolah lama aku pula. (^_^) rindu sekolah lama aku yang ni. Aku sempat habiskan masa di sekolah ni sampai umur aku 9 tahun, lepas tuh aku transferred pula sekolah lain sk pinawantai kudat. 

SK TIGA PAPAN KUDAT

unknown flowers


Assalamualaikum 

siapa tahu bunga ni namanya apa??? aku nampak bunga ni di halaman depan rumah aku, cantik kan..mak aku yang tanam tapi tulah tidak ketahuan namanya, mau dikatakan bunga sembilan tapi bukan rasanya...hehe suka hati pula..Bunga ini mekar tepat jam 9.00am..ada banyak warna mcm gambar dibawa ni.Aku rasa aku dah fall in love (^_^) dengan bunga ni, mak aku ada koleksi warna merah, jingga, putih, ungu, kuning, merah jambu & ungu + putih. Gambar di bawa ni ja yang ada masa aku snap2, sebab kawan2 mak aku datang petik bunga ni...huhu xsempat....




sampai sini jak , nanti  dapat koleksi baru, aku ringan2 tangan ni update blog. (^_^)

Rabu, 6 Februari 2013

Snap2 Kampung Sampang Mangazou

ALHAMDULILLAH...Aku melawat lagi kampung mak bapa aku hehe, hujung minggu ni aku melawat lagi (^_^) ketagih datang sini...masa datang minggu lalu, aku sempat snap2 gambar ni....subhanallah...

PELANCONG TENGAH MANDI TU.....hehe

WAKTU PETANG YANG REDUP...Nyamann...

AKU BERTEMANKAN ANJING NI JA...


ARAH BARAT, BOLEHLAH TENGOK SUNSET... (^_^)


ITS ME...

SEBELUM BALIK, SEMPAT AMBIL GAMBAR RUMPAI LAUT NI....MIANG RUMPAI NIE...

TINGGALKAN TAPAK KAKIKU SEBELUM BALIK...(^_^)

sayang sekali, xdapat snap gambar sunset...

Daisypath - Anniversary

Lilypie - First Birthday