Selasa, 15 Disember 2015

TIP OF BORNEO KUDAT 2015

TAHUN 2016 bakal tiba, akhir-akhir cuti sekolah dan tahun baru ini, anda boleh bercuti di Simpang mengayau kudat dan menginap di penginapan  Nom kamil yang selesa dan berpatutan. 

Suasana penginapan Nom kamil dan pemandangan sekitar simpang mengayau
rindu rasa nak balik sini 














Bagi anda-anda yang nak datang bercuti dan menginap di sini 0105839061 boleh contact no ini atau email aisyahomiting@gmail.com

facebook: https://www.facebook.com/SABAH-Tip-Of-Borneo-kudat-Nom-kamil-guest-house

SELAMAT DATANG 2016, BYE-BYE 2015


Jumaat, 27 November 2015

Tambah susu badan

Antara masalah yang dihadapi ibu yang menyusukan anak ialah susu kurang. Banyak maklumat boleh kita dapat bila dunia di hujung jari ini..macam2 bahan bacaan cuma perlu berhati-hati. Feveret aku babycenter.com hehe..memang tiap minggu baca sebab subscribe guna email..ada juga dapat info dari kengkawan, ibu bapa dan kenalan sepintas lalu..kenalan yang kita jumpa masa nak jumpa doktor..di klinik sempat jugalah nak sembang2 sambil menunggu giliran..hehe

Pelbagai cara nak tambah susu badan ini..

1.Air susu campur dengan kurma(blend) kalau takde blender boleh campur je, biarkan sekejap..dan minum
2.Lobak putih ---> kebanyakan ibu rebus jer..boleh kita tumis dengan minyak yang paling minimum, sedapp..jangan risau, lain kali aku kongsi resepi.
3.Durian *kawan cuba yang ini, katanya air susu macam baru lepas pantang..
4.Sup ayam

Mengikut pengalaman, susu kurang mungkin disebabkan diet yang tidak seimbang dan makan tidak teratur. Faktor lain kurang rehat dan tekanan. Jadi kita cuba elakkan semua ini. Kalau nak kekalkan susu badan yang banyak kita kena rajin makan, tidak boleh skip sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Boleh tambah dengan minum malam. masa makan malam pula jangan terlalu lewat, makanlah sekitar jam 7. Berkat usaha, susu tidak kurang untuk si comel. insyaallah

Diet pula, kurangkan makan makanan berminyak, pedas dan jangan terlalu makan makanan berasaskan protein terutamanya telur..ini kerana kita berjaga-jaga takut baby kita tu alergik, timbul masalah bisul dan nanah...Sekarang aku pantang makan telur, sebabkan baby aku alergik, dah 2 bulan pantang telur, bisul pun dah kurang timbul dan hampir takde. lepas ni tak berani aku nak makan ketam, udang dan sewaktu dengannya...

Bila kita dah berjaya tambahkan susu badan, satu perkara kita kena ingat bagi ibu beastfeeding, kadang2 baby kita tak habis minum. Jadi penting kita perah air susu supaya tidak rasa sakit dan timbul masalah lain. Boleh pam ataupun perah guna tangan. Air susu perahan boleh kita simpan dalam freezer dan bagi baby minum kemudiannya..kalau baby tak pandai minum dari botol susu, boleh guna sudu, picagari ataupun cawan.

Semoga berjaya ibu ^^




Menyambut kelahiran si comel part 3


Entry ini sekadar nak kongsikan pengalaman sendiri kalau ada kurang tu,maklumlah aku pun manusia biasa-biasa jer..

Mesti mom to-be ni tengah risau,berdebar-debar menunggu kelahiran si comel. normal semua ibu pun rasa mcm tu..tidak kira anak keberapa pun, yang bezanya cara kita handle perasaan. Sebelum nak admit hospital ni, mama kena sediakan barang dalam kereta siap-siap atau letak di satu sudut supaya senang nak angkut bila tiba saat dinanti..ada banyak sebab kenapa admit hospital ni...ada awal, lambat dan tepat2 masa due..kita doa jer yang baik-baik.

First, bakal mama ni kena tahu tanda-tanda awal bersalin, rajin-rajinlah belajar cari info..paling senang nak tahu sakit belakang teramat sangat sakitnya,sakit bawa tu mcm period tak lancar, keluar darah, pecah air ketuban..hah pecah air ketuban ini 1 dari 10 wanita bersalin jer boleh terjadi, biasa doktor yang pecahkan..jadi kalau ikutkan akulah yang satu tu hehe..lagi satu jangan salah faham, pecah air ketuban ke, keluar darah ke.. baby tu tidak terus keluar..dia ambik masa terutama bersalin pertama kali, ikut badan masing2...ada cepat ada lambat, jadi pentingnya doa ketika itu, orang disisi, ketenangan, kesabaran, kekuatan, dan ketahanan..masa itulah kita rasa kesakitan bersalin yang sebenarnya.kalau nak tahu, sakitnya tu ikut ketahanan masing2 ada boleh tahan, ada tidak. cubalah bertahan sedaya mungkin...

sebelum bersalin
--->baring mengiring ke kiri
--->banyak berjalan
--->jangan teran baby keluar
--->makan tambah tenaga
--->cek air ketuban*bagi yang leaking
--->jangan bersendirian, berbual dengan teman sebelah
--->zikir dan doa
--->pastikan baju baby dah ready
--->sentiasa tenang
--->solat

ketika bersalin
--->tenang
--->ikut arahan dokor atau nurse
--->teran baby dengan cara betul( dagu di dada, tangan tarik peha ke arah kepala)*penting untuk elak koyakan yg teruk

selepas bersalin
--->Susukan baby secepat mungkin
--->kencing*penting kecutkan rahim
--->urut breast dan tuam dengan air suam*lancarkan pengaliran air susu
--->bedung bayi dengan cara yang betul*elak baby menangis kuat
---> makan untuk pulih tenaga
--->minum air suam
--->berjalan

bakal ibu, mama diluar tu rajin2lah bertanya pada ibu-ibu yang senior jadi bolehlah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan nanti.

selamat menjadi ibu^.^


Rabu, 25 November 2015

menyambut kelahiran si comel part 2


Alhamdulillah, aku dah selamat bersalin 14 jun lepas, nak diceritakan pengalaman pertama ni tak tahulah nak mula dari mana, yang penting selamat. Puteri sulung lahir 2.8kg jam 12 thg hari hehe.Masa tu suami tidak dapat temankan dalam labour room, keluarga lain pun tak boleh masuk sebabnya bukan masa melawat, jadi aku memang sorang2 larr.. Lepas ni aku dah maklum semua apa yang perlu dbawa di hospital, apa yang perlu dibuat bila sambut kelahiran ni.Bakal-bakal ibu diluar sana terutama yang buat kali pertama, sabar dan tenang itu penting. ni bukan sekadar kata-kata.....

Bagi bakal ibu yang tengah cari info tentang barang nak bawa masuk hospital, sini aku boleh bagi tips serba sedikit hehe..sekadar berkongsi pengalaman.

Barang yang perlu dan sangat perlu bila admit hospital selama 2 hari 1 mlm(kalau bernasib baik lepas bersalin boleh balik, tetapi  kali pertama kena stay dulu)

bayi
-->baju lengan panjang(4 pasang)
-->baju lengan pendek (4pasang)
-->kain bedung (3 helai)
--->lampin kain(20 helai)* ini kalau nak guna lampin pakai buang bawa sikit jer, tapi newborn lebih baik pakai lampin ni senang nak monitor kencing berak
-->selimut baby(3 helai)
-->towel besar and nipis+selesa(5 helai)*boleh guna bedung baby(safe budget);
-->sarung tangan dan kaki(3 pasang)
--->topi(3 helai)
--->barut baby (5 helai) *lebih pun ok
--->wet tissues free alcohol
--->1 pack diapers newborn*aku guna mamypoko bagi backup kalau2 lampin tak cukup, tapi masa tu memang tak cukup sebab bawa 10 helai je...baby pun berak banyak kali
--->minyak kayu putih*minyak lain boleh
--->tuala kecil saiz sapu tangan* penting untuk kita lap2 badan baby sebab lepas lahir baby kan dia berpeluh  bila tidur boleh kita lap2 badan dia sikit bagi selesa..nanti esoknya nurse tolong mandikan pula

mama
-->pad* boleh guna biasa. bawa sebanyak mungkin sebabnya nanti selalu tukar
-->kain batik (2 helai)
--->tudung kepala
--->baju nursing friendly * nanti senang nak bagi susu badan, boleh guna bila nak balik rumah nanti
--->towel, pencuci muka, berus gigi dan sewaktu dengannya jangan lupa bawa hehe

Lain-lain
--->thermos*  bawa besar sikit, ni wajib boleh kita simpan air panas- penting untuk kegunaan dalam toilet dan baru bersalin ni kena rajin minum air suam, supaya rahim cepat kecut dan elak kejadian darah beku
--->biskut dan milo*ikut citarasa penting untuk tambah tenaga


masa aku admin hospital tu jer aku bawa, ada juga yang tak cukup jadi aku bagi cukup dalam list aku ni. Bakal ibu diluar sana, semoga selamat bersalin.^^ nikmatilah anugerah Allah swt ni



Selasa, 7 April 2015

Menyambut kelahiran si comel


Alhamdulillah dah masuk minggu ke-28 minggu, semoga aku selamat bersalin hujung bulan Jun nanti, ni first time macam-macam tidak tahu lagi. Lebih-lebih lagi persediaan sambut baby ni..petang ni disebabkan husband out-station aku pun duduk mencari info barang yang perlu ada, ada juga rujuk buku, internet dan keluarga2 yang dah berpengalaman dalam hal ni. Mom-to be bedebar-debar ni walaupun ada 2 bulan lagi hihihi excited pun ada...

Jadi lepas sejam dua cari info dapat juga aku senaraikan apa patut. aku harap ok la ni untuk shopping 1st wave .

Utama
baju lengan panjang(7 pasang)
baju lengan pendek (7pasang)
*3 ada lubang * 4 biasa * material cotton * butang depan
kain bedung (10 helai)
lampin(12 helai)
selimut(3 helai)
towel(3 helai)
sarung tangan(3 pasang)
sarung kaki(3 pasang)
topi(3 helai)
barut baby (10 helai)

Lain-lain
bedak baby
losyen
baby cotton buds
minyak kayu putih
bath tub
wet tissues free alcohol
changing mat
tilam
diapers(mamypoko)

Diri sendiri
pad
kain batik (3 helai)
set bersalin
baju nursing friendly * nanti senang nak bagi susu badan 


disebabkan sekarang ni GST da mula, peniaga pun demam naikkan harga barang, fikir banyak kali juga nak budget...huhuhu







Bubur tepung Kosong


Untuk mengubat hati yang tidak puas hati pasal cukai ni, hari ini ada mood masak bubur tepung kosong je la, kan semua demam naikkan harga barang, nanti beli daun pandan, sagu, santan, gula melaka semua kena fikir banyak kali sebelum beli takut kena cukai yang tak berpatutan, takut bajet lari...sebelum gst naik pun lada benggala hijau aku kena cas rm7.00  tidak sampai sekilo dan hanya 3 biji...hmmm

Bahan-bahan

Tepung Gandum
Gula

Cara-caranya

Bancuh tepung gandum dengan air biasa, boleh bubuh gula sedikit agak-agak jangan terlampau lembik dan terlampau keras. sebelum tu jerangkan air dalam periuk sehingga mendidih, sukatan air jangan terlampau banyak. Tengah mendidih tu  masukkan bancuan tepung tu sedikit demi sedikit ikut size kesukaan masing-masing, aku suka buat kejik2 je, senang budak2 makan...kemudian biarkan mendidih sekejap. siap!




untuk lagi sedap campurlah susu sejat ke...hmmm walaupun tidakkan nampak mewah tapi masih boleh dimakan sampai habis...yummmy





Topup GST (Goods and Service Tax)


Yeaaah GST dah bermula, rata-rata harga barang runcit naik, top-up pun naik juga..negara kita akan kaya sebab pendapatan negara dah banyak, bebas dari hutang, kalau hutang negara semakin naik juga, tak tahu lah....tu menteri2 punya hal, yang penting next election tahu lah aku mahu undi parti mana hahahahahahhahahaha....

semalam aku baru mau top-up digi guna maybank2u, cek-cek digi belum ada lagi, yang ada Celcom, MaXIS, Tunetalk... ada satu lagi hmmm tak ingat sebab aku tak familiar yang tu..

kalau kenaikan top-up macam ni, nanti di kedai kedai topup RM5.30 naiklah ke RM5.80, sebab dulu sebelum ada GST, memang kena cas 0.50 sen, dan sebelum GST topup guna online tak dikenakan cas apa2. hmmmm....tapi mana tahu di kedai topup yang 0.50 sen tu ditukar kepada 0.30 sen  je..murah tu...

yang tidak best setiap pembelian topup kena cukai. pokailah...

Celcom 

MAXIS

Tune Talk

Minggu lalu aku beli ikan bilis headless fuhh rm30.00 sekilo, bulan mac baru beli rm24.00 sekilo tempat sama, peniaga sama. lepas ini orang yang macam saya ni fikir banyak kali nak beli ni, ataupun lepas ni buat sendiri lah...huhuhu






Isnin, 16 Mac 2015

Buku 101 Rahsia Penguat Nurani

Salam,

" titilah hari-hari yang dilalui dengan minda dan hati bersih kelak kebahagian sejati milik kita, nurani yang suci ibarat jiwa yang diberi cahaya. pertahankanlah agar tidak malap dan hilang"



buku: 101 Rahsia Penguat Nurani
karya Dr tuah Iskandar


Buku yang buat kita berfikir dari awal sampai akhir, dan paling best kita setuju dengan penulis. buku ni sangat bagus untuk dijadikan bahan bacaan tentang kehidupan.

teruskan membaca sehingga habis hihihi baru je muka surat  61/453, dan sangat teruja mahu baca dan baca lagi. yang best buku karya bestari ni bukunya disertakan muka surat  Asmaul Husna, ni buku yang ke-2 aku beli selepas Rawatlah hati, so jagalah buku ni baik2.

* ucapan terima kasih dan salam sayang buat suami yang berusaha menuntut buku ni di pejabat pos dua kali ^^






Sabtu, 14 Mac 2015

pantai tanjung simpang mengayau mac 2015

Salam, 


Masa yang sesuai datang berkunjung di pantai tanjung ni, pantai yang luas dan panjang, suasana yang tenang, laut hijau kebiruan ditambah pula langit yang cerah...hmm xpuas memandang ciptaan ALLAH ni..Subhanallah ^^

Dapat kongsi dua gambar je..next time jika ada kesempatan snap2 dekat tip pula..jgn lepaskn peluang datang kesini, bulan paling sesuai mac-mei.


Khamis, 12 Mac 2015

Chinese Muslim Restaurant kota kinabalu

Assalamualaikum,

Restoran feveret family, CHINESE MUSLIM RESTAURANT
kali kedua datang sini, order chicken with mushroom...hmmm yummy ^^





bunga manik comel


Enjoy....




Kepanasan adik comel jadi model hihi







 Comel dan mempersona, Setiap yang unik itu perlukan kesabaran yang tinggi untuk menghasilkannya. ^^

Khamis, 5 Mac 2015

nom kamil guest house-Tips of Borneo


Salam sejahtera,

Dalam seminggu lagi musim cuti sekolah bermula, jadi mesti ada yang tercari-cari tempat mahu bercuti sehari dua bersama dengan anak-anak ataupun dengan kawan-kawan.

Nom Kamil Guest House adalah chalet kos rendah dengan harga RM 100 semalam sahaja.  Berdekatan dengan pantai dan jauh dari gangguan orang ramai.
Berpatutan dengan harga Jom enjoy gambar di bawah....



BILIK NO.1>>> 1 KATIL SAIZ QUEEN

ADA KEMUDAHAN PEMANAS AIR, DAN DIBENARKAN MEMASAK PERALATAN PUN DISEDIAKAN, MINI PETI SEJUK PUN ADA...

BILIK NO. 2 >>>2 KATIL SINGLE

BALKONI BESAR NI BILIK NO.1 dan SEBELAH NYA TUUH..BILIK NO. 2

SOON ADA BILIK NO. 3....

Bilik dua-dua mengadap laut yang terbentang luas..puas hati, Mau sewa sini bolehlah hubungi admin sendiri- email aisyahomiting@gmail.com ataw no hp 0108246049, 013 373 4846...
sempat promot..hehe

Jangan lupa like page FB kami >>>nom kamil guest house<<<

peace yo!!!



Rabu, 25 Februari 2015

Peniaga Online Biadap


Wujud juga orang macam ini..Dunia~ kan dah Viral


Ada juga peniaga macam ni, tidak semua peniaga online macam ni. Bagi peniaga online yang tahu adab, peraturan berniaga, ikhlas berniaga tidak lah sampai menjadi isu seperti ini. Kalau diikutkan bukannya susah pakai bank in online kan..just transfer RM9.00 tu..., saya percaya semua peniaga online ini guna bank in online. Kenapa susah sangat, ataupun bagi je diskaun RM1.00 tu.

Pelanggan bukan senang nak dapat, mungkin orang ini dah senang nak tarik pelanggan, sehingga boleh layan pelanggannya macam ini dan tidak menghargai pelanggannya...

Apapun, kisah ini betul atau tidak, boleh lah dijadikan pengajaran kepada semua pihak sama ada peniaga online atau pelanggan itu sendiri.

cerita terperinci klik >>>>peniaga online biadap<<<<

Suami banyak peminat, isteri cemburu

Assalamualaikum,
Syukur kepada Allah swt yang memberi saya kesihatan yang sempurna malam ni, dengan kemampuan menaip dan berkongsi sedikit pahit manis hidup ini.^_^

'Ini Kisah Suami Isteri'  karya Dr. HM Tuah Iskandar buku ni bagus untuk dijadikan bahan bacaan untuk orang yang sudah berumah tangga, khususnya wanita. kenapa wanita??  kita semua tahu wanita ni imaginasi terlampau tinggi bila bercakap tentang suami, ada tuh realiti ada tu hanyalah sangkaan semata-mata lebih-lebih lagi kita yang bergelar suri rumah ni. Apapun kita sebagai wanita/isteri/ibu janganlah tanam sifat cemburu buta tu dihati. Cemburu tu kan SAYANG. Banyakkan melakukan perkara yang mendekatkan diri dengan ALLAH supaya fikiran sentiasa besih dan tenang, Insyaallah (untuk diri saya sendiri juga) 

Buku ini boleh juga bakal-bakal isteri/suami membacanya..boleh beli dimana2 kedai bookstores, online pun boleh 


Apa yang saya suka buku ni, hah, penulisnya lelaki, fikirannya pun mungkin mewakili lelaki, bolehlah kita lebih memahami lelaki sedikt sebanyak. Apapun kandungan buku ni bukan semata-mata tentang lelaki, tetapi merangkumi semua dalam hal rumah tangga. Saya bukan mahu cerita kandungan buku ni, Dr tuah ni sudah cukup berpengalaman dalam hal ini. tiada siapa boleh menafikannya. 

Suami banyak peminat, Isteri cemburu

hah, bukan maksudnya isteri pun mahu banyak peminat juga. Saya bersyukur dikurniakan wajah yang sederhana, sebab saya mahu setia dengan suami, jadi kalau dah cun melecun tu, saya takut iman saya tidak kuat menahan godaan di luar sana, rosaklah plan mahu setia ni.. tapi kalau wajah sederhana ni tidak mampu membuat si suami setia, apakan daya kalau kita sudah berusaha melakukan yang termampu sebagai wanita biasa. 

Dalam buku ni banyak Dr. Tuah ni bagi tips mahu buat rumah tangga kekal bahagia, Antaranya jagalah badan, kekalkan badan yang ramping untuk suami biarpun dah beranak ramai. hehe bukan senang mahu kekal badan ramping ni...yang penting sentiasa kekal sihat.hehe senyum jelah...

Biarpun lelaki ni rupanya macam mana pun pasti ada peminat diluar, kalau ada rupa sedikit tu makin betambah-tambah peminatnya...kalau yang tahan godaan tu, lega hati isteri dirumah, macam mana kalau suami tu jenis mudah tergoda?? hah.. berusahalah dalam segala cara dan sudut supaya suami tercinta tidak dikebas ataupun berkongsi kasih dengan wanita lain. kalau dapat suami seperti ni, kita jangan cepat melenting, tunjuk marah marah, cemburu sana sini..
Kita sama2 tambahkan kasih sayang, manja manja dalam layanan kita terhadap suami. jangan pula kita mahu balas dendam...nanti semakin parah. Lakukan semuanya dengan ikhlas. Susah?? ya memang susah bila hati sudah sakit ni susah sangat mahu tunjuk muka manis, tingkah laku seperti biasa...bila sedar ni, alangkah tabahnya wanita2 yang mampu melakukannya..kannnnnnnnnnnn 
Kalau tidak berjaya juga, berserah dengan Maha Esa, dia lebih tahu segala-galanya

CEMBURU, kalau ada pengukur perasaan cemburu ni, saya mungkin kategori mempunyai kadar cemburu yang teruk, cemburu ni bahaya...kalau melampaui batas boleh mengubah rasa ketidakpercayaan kepada suami. Sekiranya kita silap, boleh jadi huru hara, jadi berpadah-padahlah bila cemburu ni datang. Pernahkah terfikir, macam mana perasaan ni datang?? takkan pokok bergoyang kalau tiada angin ataupun orang goyangkan?? kannn... Firasat wanita ni sentiasa betul hihihi betulkah??? ini buat saya rasa bangga menjadi wanita 

Bila ada wanita lain telefon suami kita, nombor yang sama, selalu pula tu..sms  yang mencurigakan??
Tindakan suami yang lagi mencurigakan??
Suami macam orang lain?? dulu apa kita cakap dia dengar jew..sekarang banyak jawapan hmmm..bila isteri bawa berbual " sekejap" yang tiada sudah...
Suami selalu sibuk di luar ataupun di rumah...
tiada lagi masa bersama...........

Semua ni buat kita perempuan berfikir bukan-bukan....lebih-lebih lagi bila ada orang sudah goyangkan pokok...mula berfikir bukan-bukan ni...macam2 persoalan timbul, kalau dibiarkan jadilah kesimpulan" dia tidak sayang saya lagi" Bahaya...

Kalau lelaki yang prihatin dia kan bertanya,kenapa kita muram, sedih, marah-marah, kalau jenis tidak prihatin kita sayangilah diri kita sendiri dulu...buatlah apa yang patut, solat tahajud, banyak dengar zikir, baca quran. semua ni boleh membantu...apa yang penting selidik dulu dan komunikasi dengan suami tu penting.

kita perempuan sama-samalah kikis perasaan cemburu buta ni...Poligami??
pernah seseorang tanya, kalau suami tidak mahu saya lagi macam mana atau dia mahu kahwin lain lagi?? mampu terseyum je..dalam fikiran Allah belum menguji saya sampai ke tahap ini. Jika tiba masanya...tak mampu saya banyangkan semoga kehidupan saya bersama suami tercinta dicucuri rahmat dariNYA.

Sebagai penutup perkongsian yang agak panjang ni, Golongan wanita inilah yang mudah masuk surga Allah swt, kita jangan lupa, kita juga yang mudah masuk neraka. Kita jugalah penyebab suami, bapa dan saudara lelaki masuk neraka, jadi sama-samalah berusaha memperbanyakkan amal ibadah demi Allah swt dan orang yang kita sayang.

Buku yang banyak kisah yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran
>>>>>>>>rawatlah hati<<<<<<<<<


PUTRAJAYA INTERNATIONAL BOOK FAIR 2015  ON 17-22 MARCH 2015, 10AM-9PM @ PICC, teringin nak datang sini ^_^

Selasa, 24 Februari 2015

Disyaki Demam denggi??


ALLAH!!

Terkejut yang teramat bila mendengar berita ni masa telefon mak di kampung, adikku yang aktif, periang disyaki demam dengki, mudah-mudahan apa2 pun keputusan esok, Allah menyembuhkan adik..dan kembali sihat.

Baru tergerak hati men"Google" tips merawat demam ni..
Banyak juga cara alternatif boleh diguna pakai untuk merawat demam ni. Usaha tu penting, 

Mak pun tengah cari daun betik masa telefon petang tadi. Dengar daun betik ni berkesan merawat demam ni, mungkin dengan kepahitan daun ni yang teramat pahit.

Insyaallah, semua dengan keizinan Allah s.w.t.

cara-caranya bolehlah baca dengan teliti link dibawah ni

sini sini  -cara merawat denggi




Selasa, 10 Februari 2015

Haemoglobin cukup cukup makan??


Ibu yang hamil, mengandung ni salah satu masalah HB kurang...adalah tu kadar bacaan tersendiri. Bagi ibu mengandung kalau tidak silap normal 10-15gram/dl. 11 lebih tu kira cukup2 makan tu sbb apa..risau hb tetiba menurun bawa sepuluh..bahaya tu nanti boleh diserang anemia..
semalam baru check up..wahh hb maintain 11gram/dl..nurse dah bg pil macam2 ni, sebenarnya malas mau makan pil2 ni, susah sangat ditelan, macam tersekat2 di tekak huhu..insaf insaf lepas ni kena makan pil iron tu ikut jadual..

2 jam lepas makan
30 minit sebelum makan
(nurse bg taw, lepas minum susu pun kena tunggu 2 jam baru telan iron tu..ok )

lepas check up tu, terus google makanan apa yg boleh tambah hb..banyak jga sebenaranya,mencari tu susah terutama buah delima tu..jus pun jadilah..

1. pisang
2. bayam
3. hati 
4. kurma
5. kekacang
6. daging merah
7. brokoli
8. telur
9.oat
10.buah delima
11. madu
12. kismis
13. buah delima

Senarai ni baca kat siraplimau. com ~ 13 makanan tambah darah ketika hamil~ baca dan faham betul2. Rasanya banyak2 senarai tu kekacang dan hati tu tidak boleh ambil banyak2, sebab kekacang ni boleh menyebabkan alergik, hati pula ia kan organ kurang baik untuk kesihatan kalau berlebihan.. baru pagi tadi minta hubby beli, 2kg lagi tu..masak pelahan2 seminggu 3 kali habis la tu.. 


Tapi hb cukup2 makan masa tu bukan apa, mungkin masa tu mengantuk, tidak cukup tidur , bgn pagi sarapan ala kadar saja..minum susu, dan beberapa suap nasi goreng kosong.
next time sebelum pg check up, makn byk zat besi dulu..nurse pun bg taw macm tu, untuk mengelak dapat bacaan hb rendah...

terima kasih bagi tips hahaha~

*lepas ni sebulan sekali dapat injection, sebulan sekali kebas2 tangan huhuhu


Rabu, 4 Februari 2015

PRIMIGRAVIDA

ASSALAMUALAIKUM...

Hah, memang tidak tahu kan, apa maksud primigravida ni...
Ini medical term, dimana maksudnya

"Primigravida is a medical term used to refer to a woman who is pregnant for the first time."

kali pertamalah tu mengandung, bakal ibu yang buat kali pertama pergi klinik ibu dan anak, hah nampaklah tu kad u olls ada "primigravida" jangan risau bukan nama sejenis penyakit ke apa..hihihi, 

Jika ingin mengetahui lebih lagi term-term orang pregnant ni..bacalah di sini

16 weeks 3 days



Daisypath - Anniversary

Lilypie - First Birthday