Rabu, 25 November 2015

menyambut kelahiran si comel part 2


Alhamdulillah, aku dah selamat bersalin 14 jun lepas, nak diceritakan pengalaman pertama ni tak tahulah nak mula dari mana, yang penting selamat. Puteri sulung lahir 2.8kg jam 12 thg hari hehe.Masa tu suami tidak dapat temankan dalam labour room, keluarga lain pun tak boleh masuk sebabnya bukan masa melawat, jadi aku memang sorang2 larr.. Lepas ni aku dah maklum semua apa yang perlu dbawa di hospital, apa yang perlu dibuat bila sambut kelahiran ni.Bakal-bakal ibu diluar sana terutama yang buat kali pertama, sabar dan tenang itu penting. ni bukan sekadar kata-kata.....

Bagi bakal ibu yang tengah cari info tentang barang nak bawa masuk hospital, sini aku boleh bagi tips serba sedikit hehe..sekadar berkongsi pengalaman.

Barang yang perlu dan sangat perlu bila admit hospital selama 2 hari 1 mlm(kalau bernasib baik lepas bersalin boleh balik, tetapi  kali pertama kena stay dulu)

bayi
-->baju lengan panjang(4 pasang)
-->baju lengan pendek (4pasang)
-->kain bedung (3 helai)
--->lampin kain(20 helai)* ini kalau nak guna lampin pakai buang bawa sikit jer, tapi newborn lebih baik pakai lampin ni senang nak monitor kencing berak
-->selimut baby(3 helai)
-->towel besar and nipis+selesa(5 helai)*boleh guna bedung baby(safe budget);
-->sarung tangan dan kaki(3 pasang)
--->topi(3 helai)
--->barut baby (5 helai) *lebih pun ok
--->wet tissues free alcohol
--->1 pack diapers newborn*aku guna mamypoko bagi backup kalau2 lampin tak cukup, tapi masa tu memang tak cukup sebab bawa 10 helai je...baby pun berak banyak kali
--->minyak kayu putih*minyak lain boleh
--->tuala kecil saiz sapu tangan* penting untuk kita lap2 badan baby sebab lepas lahir baby kan dia berpeluh  bila tidur boleh kita lap2 badan dia sikit bagi selesa..nanti esoknya nurse tolong mandikan pula

mama
-->pad* boleh guna biasa. bawa sebanyak mungkin sebabnya nanti selalu tukar
-->kain batik (2 helai)
--->tudung kepala
--->baju nursing friendly * nanti senang nak bagi susu badan, boleh guna bila nak balik rumah nanti
--->towel, pencuci muka, berus gigi dan sewaktu dengannya jangan lupa bawa hehe

Lain-lain
--->thermos*  bawa besar sikit, ni wajib boleh kita simpan air panas- penting untuk kegunaan dalam toilet dan baru bersalin ni kena rajin minum air suam, supaya rahim cepat kecut dan elak kejadian darah beku
--->biskut dan milo*ikut citarasa penting untuk tambah tenaga


masa aku admin hospital tu jer aku bawa, ada juga yang tak cukup jadi aku bagi cukup dalam list aku ni. Bakal ibu diluar sana, semoga selamat bersalin.^^ nikmatilah anugerah Allah swt ni



Daisypath - Anniversary

Lilypie - First Birthday