Terharu bila baca berita KOSMO hari ini...
Dipetik dari KOSMO
Lelaki 82 tahun lulus ujian motosikal
28/04/2011 6:00pm
TUMPAT – Demi kasih sayangnya kepada cucu, seorang warga emas sanggup  bersusah payah berpanas mengambil ujian Jabatan Pengangkutan Jalan  (JPJ) untuk mendapatkan lesen menunggang motosikal.
Abdullah Che Ibrahim, 82, berkata, sungguhpun agak perit bagi orang  telah berusia lanjut sepertinya, atas rasa tanggungjawab menghantar  cucunya ke sekolah menggunakan motosikal, beliau sanggup menjalani ujian  itu.
Abdullah berkata, beliau mengambil ujian kerana sudah serik disaman  oleh polis kerana menunggang motosikal tanpa lesen.
Beliau merupakan satu-satunya warga emas yang lulus ujian bagi  mendapatkan lesen menunggang motosikal setelah dapat melakukan pusingan  lapan, meniti di garis lurus dan melakukan brek kecemasan dengan  sempurna.
"Saya gembira dapat lesen dan kini dapatlah hantar cucu ke sekolah  dan jalan tanpa bimbang,” katanya kepada pemberita selepas menerima  lesen itu pada majlis penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ di Sekolah  Kebangsaan Sri Neting, dekat sini, hari ini. – Bernama
terbuktilah, usia  bukan menjadi ukuran untuk belajar sesuatu, inikan  82 tahun, lelaki yang boleh bergelar datuk kepada cucu ni boleh lulus ujian menunggang motosikal, kenapa tidak anak muda mudi kita sekarang...inilah yang dikatakan kesungguhan dan keihklasan melakukan sesuatu
bak kata pepatah "Dimana ada kemahuan, disitu ada Jalan"
Dengan niat yang baik, matlamat kita pasti berjaya dengan rahmat dan pertolongan dari yang MAHA KUASA......
kata Ratunara: menuntut ilmu sampai ke akhir hayat....hehe... Beruntung ada datuk cam ni...=)



 
 
