Rabu, 23 Mac 2011

BERBUDI KEPADA TANAH

Ini kononnya hendak berbudi kepada tanah, masa member bagi cili suruh makan, aku pergi tanam biji cili tu dalam polibeg.... hehe... apa lagi sedap jak  aku dan member aku tu pergi ambik tanah dekat ladang kampus. minta-minta dihalalkan...hehe


ini lah cili tu....hehe dah kedut. lama simpan kat dapur.....
sayang pulak nak buang....jadi aku pun pergi tanam biji cili ni...
dengan penuh harapan, 
terbayang buah cili yang baru aku  dengan semangatnya keluarkan biji cili ni...sampai rasa panas jari jemariku...

Inilah rupa bentuk biji benih ciliku....
cara-cara menanam:
mula-mula, rendam biji cili ini dalam air selama sejam. 
dan bagi mengenal pasti biji benih mana yang sesuai untuk ditanam..
 pilih  cili yang tenggelam sahaja untuk ditanam...
selepas itu, semai biji ini di tempat semaian anda dan elakkan menanam biji cili terlalu dalam sebab kedalaman mempengaruhi kadar percambahan cili.

cili setinggi 1 inci lebih selepas 2 minggu dalam polibeg.....



ini gambar ciliku yang terbaru, tinggi lebih kurang 15cm.
kalau tengok daun pokok ini ada tanda-tanda kekurangan nutrient;
tompok-tompok kuning atas daun pokok, batang pokok kurus dan daun terbakar

aku harap pokok cili ini berbuah sebelum habis semester....
boleh la bagi kawan-kawan yang suka makan cili
tingginya harapan hehe....

p/s: BERBUDILAH PADA TANAH & CILI BAIK UNTUK KESIHATAN

Selasa, 22 Mac 2011

TEKANAN HIDUP

KERANA 1 JAM KREDIT

kerana 1 jam kredit..dalam 1 minggu aku dan kawan-kawan aku berkerja 6 hari. sanggup duduk culture, datang ke kampus semata-mata 1 jam kredit. 
walaupun keputusan kadang-kadang tidak memuaskan, kerana 1 jam kredit sanggup bersabar dengan serangan bakteria, fungi dan serangan malas.
kerana 1 jam kredit kawan-kawan aku menjadi lebih professional dan optimis.
kerana 1 jam kredit aku lebih mengenali si Dia...

SELAMAT MAJU JAYA SEMUA!

Ini lah hasil kerja aku dan Si Dia. Alhamdulillah agak memuaskan walaupun pada mulanya banyak yang tidak menjadi. 
1) minggu pertama pisang Nangka ni mula tumbuh daun
2) minggu kedua
3) minggu ke-empat, banyak tunas baru tumbuh


Ini gambar pisang Putar (1) subculture 1 (2) subculture 2 (3) subculture 3
nasib baik hidup juga la pisang ini....haha

Inilah tanda-tanda kekuasan Illahi,..sungguh menakjudkan!

Jumaat, 18 Mac 2011

PROJEK IKAN TILAPIA

selepas mini projek ikan keli tu, pensyarah aku bagi cuba pula jaga ikan tilapia. yes!yes!yes! excited la katakan...kali ini azam mahu jaga ikan tilapia betul-betul. nanti bole panggang..buat bbq ramai2....hehe..
ikan tilapia yang comel......smile...tangkap gambar ni...


Ini lah keputusan permulaan mini projek ikan tilapia Aku selepas dua hari. Anak-anak ikan tilapia ini mati mungkin disebabkan air yang tidak sesuai. sebab ikan tilapia ini sensitif dari ikan keli..


projek ikan keli

ini pengalaman baru dalam bidang aquaculture...memang best tapi itu la banyak dugaan la katakan....macam-macam..ini la contoh terbaik...banyak ikan mati masa minggu ke-empat. sedih lah juga...ikan keli ni nyawa-nyawa ikan dah ni...

 ini gambar ikan keli mati...sebab kematian belum pasti lagi.mungkin disebabkan penyakit dan kadar stress yang tinggi. cuaca tidak menentu di terengganu menyebabkan suhu turun naik dan menyebabkan suhu air dalam tank tu tidak sesuai untuk ikan keli .ikan keli ni ikan yang lasak la juga tapi kalau tuan dia tidak pandai jaga mcm ni la...MATI juga...ini la salah satu dugaan menceburi bidang aquaculture ni...banyak risiko...huhuhu...sedih..tapi dah berlalu dah pun...cuba lain plak...

Daisypath - Anniversary

Lilypie - First Birthday