Jumaat, 27 November 2015

Tambah susu badan

Antara masalah yang dihadapi ibu yang menyusukan anak ialah susu kurang. Banyak maklumat boleh kita dapat bila dunia di hujung jari ini..macam2 bahan bacaan cuma perlu berhati-hati. Feveret aku babycenter.com hehe..memang tiap minggu baca sebab subscribe guna email..ada juga dapat info dari kengkawan, ibu bapa dan kenalan sepintas lalu..kenalan yang kita jumpa masa nak jumpa doktor..di klinik sempat jugalah nak sembang2 sambil menunggu giliran..hehe

Pelbagai cara nak tambah susu badan ini..

1.Air susu campur dengan kurma(blend) kalau takde blender boleh campur je, biarkan sekejap..dan minum
2.Lobak putih ---> kebanyakan ibu rebus jer..boleh kita tumis dengan minyak yang paling minimum, sedapp..jangan risau, lain kali aku kongsi resepi.
3.Durian *kawan cuba yang ini, katanya air susu macam baru lepas pantang..
4.Sup ayam

Mengikut pengalaman, susu kurang mungkin disebabkan diet yang tidak seimbang dan makan tidak teratur. Faktor lain kurang rehat dan tekanan. Jadi kita cuba elakkan semua ini. Kalau nak kekalkan susu badan yang banyak kita kena rajin makan, tidak boleh skip sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Boleh tambah dengan minum malam. masa makan malam pula jangan terlalu lewat, makanlah sekitar jam 7. Berkat usaha, susu tidak kurang untuk si comel. insyaallah

Diet pula, kurangkan makan makanan berminyak, pedas dan jangan terlalu makan makanan berasaskan protein terutamanya telur..ini kerana kita berjaga-jaga takut baby kita tu alergik, timbul masalah bisul dan nanah...Sekarang aku pantang makan telur, sebabkan baby aku alergik, dah 2 bulan pantang telur, bisul pun dah kurang timbul dan hampir takde. lepas ni tak berani aku nak makan ketam, udang dan sewaktu dengannya...

Bila kita dah berjaya tambahkan susu badan, satu perkara kita kena ingat bagi ibu beastfeeding, kadang2 baby kita tak habis minum. Jadi penting kita perah air susu supaya tidak rasa sakit dan timbul masalah lain. Boleh pam ataupun perah guna tangan. Air susu perahan boleh kita simpan dalam freezer dan bagi baby minum kemudiannya..kalau baby tak pandai minum dari botol susu, boleh guna sudu, picagari ataupun cawan.

Semoga berjaya ibu ^^




Daisypath - Anniversary

Lilypie - First Birthday