Selasa, 7 April 2015

Bubur tepung Kosong


Untuk mengubat hati yang tidak puas hati pasal cukai ni, hari ini ada mood masak bubur tepung kosong je la, kan semua demam naikkan harga barang, nanti beli daun pandan, sagu, santan, gula melaka semua kena fikir banyak kali sebelum beli takut kena cukai yang tak berpatutan, takut bajet lari...sebelum gst naik pun lada benggala hijau aku kena cas rm7.00  tidak sampai sekilo dan hanya 3 biji...hmmm

Bahan-bahan

Tepung Gandum
Gula

Cara-caranya

Bancuh tepung gandum dengan air biasa, boleh bubuh gula sedikit agak-agak jangan terlampau lembik dan terlampau keras. sebelum tu jerangkan air dalam periuk sehingga mendidih, sukatan air jangan terlampau banyak. Tengah mendidih tu  masukkan bancuan tepung tu sedikit demi sedikit ikut size kesukaan masing-masing, aku suka buat kejik2 je, senang budak2 makan...kemudian biarkan mendidih sekejap. siap!




untuk lagi sedap campurlah susu sejat ke...hmmm walaupun tidakkan nampak mewah tapi masih boleh dimakan sampai habis...yummmy





Daisypath - Anniversary

Lilypie - First Birthday