Selasa, 7 April 2015

Menyambut kelahiran si comel


Alhamdulillah dah masuk minggu ke-28 minggu, semoga aku selamat bersalin hujung bulan Jun nanti, ni first time macam-macam tidak tahu lagi. Lebih-lebih lagi persediaan sambut baby ni..petang ni disebabkan husband out-station aku pun duduk mencari info barang yang perlu ada, ada juga rujuk buku, internet dan keluarga2 yang dah berpengalaman dalam hal ni. Mom-to be bedebar-debar ni walaupun ada 2 bulan lagi hihihi excited pun ada...

Jadi lepas sejam dua cari info dapat juga aku senaraikan apa patut. aku harap ok la ni untuk shopping 1st wave .

Utama
baju lengan panjang(7 pasang)
baju lengan pendek (7pasang)
*3 ada lubang * 4 biasa * material cotton * butang depan
kain bedung (10 helai)
lampin(12 helai)
selimut(3 helai)
towel(3 helai)
sarung tangan(3 pasang)
sarung kaki(3 pasang)
topi(3 helai)
barut baby (10 helai)

Lain-lain
bedak baby
losyen
baby cotton buds
minyak kayu putih
bath tub
wet tissues free alcohol
changing mat
tilam
diapers(mamypoko)

Diri sendiri
pad
kain batik (3 helai)
set bersalin
baju nursing friendly * nanti senang nak bagi susu badan 


disebabkan sekarang ni GST da mula, peniaga pun demam naikkan harga barang, fikir banyak kali juga nak budget...huhuhu







Daisypath - Anniversary

Lilypie - First Birthday