Selasa, 19 Februari 2013

Magandaha Tanjung Simpang Mengayau


Assalamualaikum


Tanjung Simpang Mengayau, antara tempat yang menarik di kudat, banyak lagi tempat lain, antaranya Pantai Kimihang, Pantai Bak Bak, Pantai Kelambu, dan macam2 tempat lagi, aku tidak sebut disini sebab belum pernah pergi lagi (^_^). inshallah kalau ada rezeki aku pergi la kesemua pantai yang ada di kudat ni.

Cuti tahun baru cina ni aku pun tidak ketinggalan pergi bercuti, tiada tempat lain, Simpang Mengayau lagi...

Sign Board ni boleh kita nampak di Pekan Sikuati (^^) Jauh lagi Tip of Borneo tu..
Hari ahad di pekan sikuati, masyarakat di sini datang memeriahkan lagi "TAMU SIKUATI"  best....Lama betul aku tidak menjenguk tamu sikuati ni, dekat 5 tahun, dulu setiap hari ahad datang, sebab sekolah di kawasan ni. Tamu Sikuati atau juga dikenali Pasar ni, berbeza dengan pasar di semenanjung Malaysia, makanan semestinya berbeza, cara peniaga meniagakan produk mereka pun ada bezanya, masyarakat pun berbeza, secara kesimpulan budaya hidup berbeza, tapi jangan lupa we are 1MALAYSIA.  (^_^)

Semasa aku menghabiskan masa di tamu ni, aku dapat juga snap gambar yang menarik perhatian aku;      semestinya makanan (aku tengah lapar ketika ni, awal pagi hehe) ,perhiasan tradisional dan sigup. Ada mcam2 lagi tapi ni ajala yang dapat dikongsikan di tamu sikuati ni, kamera pun tidak secanggih mana....


Antara Makanan yang ada di Tamu sikuati.
Banyak lagi makanan di sini, disebabkan kawasan ni sibuk, aku snap sikit2 aja, hmm nampak ka minuman colorful tu, sepanjang aku  hidup di Terengganu, belum pernah lagi aku nampak minuman warna kuning mcm tuh..ka aku ni tidak perasan minuman2 di Terengganu (^_^)


Perhiasan pakaian tradisional  kaum rungus (gambar atas: Orot , gambar bawa atas; lungkaki)
Banyak lagi perhiasan baju rungus, tunggu  mak aku habis tempah semuanya, baru aku sambung cerita tentang pakaian tradisional rungus. (^_^) or mungkin aku bole cuba pakai semuanya...in my dream haha

Perhiasan Tradisional Kaum Rungus
Manik2 ni  dicucuk dan direka sendiri oleh masyarakat rungus disini. Cantik dan unik...kalau ada masa aku sendiri pergi melawat Longhouse di Kampung Tinangol. Selalu pergi kampung tu tapi tidak pernah masuk LOnghouse. rugikan...huhu

Ini lah "Sigup"



Lebih kurang 30 minit berjalan2 di tamu sikuati kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi. Masa perjalanan menuju ke destinasi, aku kurang tahu, mungkin lebih kurang sejam dari rumah aku (Pekan Baru Matunggong. Cerah, and so blue...masa kami sampai di sini, air laut pun tengah surut...hehe bestnya mandi...pic bawa, suasana Simpang Mengayau ketika ini (^_^)

View, simpang mengayau arah barat
Kali ini, sampai di sini ja, parents aku bagi task bakar ikan....hmmmm sedapnya.. eh bukan senang buat,tambahan cuaca panas...



Gambar atas, Ikan jenis ini yang  sedap dibakar, yang akan aku bakar sekejap lagi nanti. Boleh didapati di  Tamu Sikuati. (^_^), aku tidak sebut nama ikan disini sebab aku kurang tahu nama2 ikan ni atau  TIDAK tahu langsung (=p)




Itula aku, tengah bertungkus lumus buang isi perut ikan, sekarang ni tengah kes Laut Merah melanda perairan negeri dibawa bayu , jadi kenalah berhati-hati makan makanan laut, syukurlah Allah maha penyayang, ikan masih lagi selamat untuk dimakan yang penting buat tu buat dengan bersih2.


Ah, Nampak ikan tu dah siap disiang dan dibersihkan, lepas tuh, kena cucuk dengan batang ubi kayu, semua ni mak aku yang ajar cara-cara membakar ikan buatan sendiri. Tidak payah susah2 beli di kedai. Yang penting selamat. (^_^)




Inilah barang yang digunakan untuk membakar ikan di tepi pantai (^_^). Semua ni kutip ja ditepi pantai, free of charge lagi tuh, kutiplah seberapa yang terlarat…tapi jangan silap pilih, nanti terpilih kayu  beracun yang tidak sesuai untuk dijadikan kayu api. Ada juga kayu2 lain yang sesuai tapi kami pilih  Batang ubi kayu untuk cucuk ikan tu, untuk kayu api pula, kami gunakan batang buluh.  Sekarang process membakar !!


Ikan tuh bole dicucuk atas tanah macam diatas, ikutlah kretiviti masing2..hmm tidak sabar rasanya ikan ni masak..(^_^)  kena berhati2 panas panas….(=D)



Hmm Nampak?? Hehe ikan bakar hampir masak,




Tada!! Ikan bakar dah siap…yummy…makanan untuk tengah hari. Serius rasa ikan bakar asli ini, sedap lebih sedap yang dibeli di tamu….cubalah sendiri…
Lepas habis tugas membakar ikan, aku snap2 ja pemandangan disini. Hari2 datang sini pun tidak pernah rasa jemu…(^_^) ada rezeki rasa mahu bawa kawan2 disni, bole BBQ  lagi…tengok apa jadi nanti…





Ini lah Tanjung Simpang Mengayau, bukit nun sana tuh la terletaknya globe map borneo…(^_^) ada masa jom pergi sana bersama2…(=D) aha Nampak awan tuh, tu menandakan tidak lama lagi hujan….nasib baik ikan bakar dah siap…sebelum aku menutup tirai entri aku yang terpanjang tahun 2013 ni aku suka kongsikan view disini masa hujan turun….(^_^)




Hujan di tepi pantai…disebabkan hujan, selepas makan, kami terpaksa balik awal. (T_T)
Btw, aku dapat pengalaman baru yang sangat berharga….(^_^) tidak sabar rumah mak bapa disini siap…boleh bermalam disini yipi!!

wassalam.




Daisypath - Anniversary

Lilypie - First Birthday