Ahad, 24 Februari 2013

Rezeki untuk Mereka


Assalamua’laikum


Allah SWT berfirman yang maksudnya:

“ Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan”
(Al-Baqarah: 168)

Allah SWT berfirman yang maksudnya:
“ Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu rezeki halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman”
(Al-Maaidah: 88)



Orang – orang yang murah rezeki
1. orang bersilaturrahim
2. orang beristighfar
3. orang bertakwa
4. orang berderma di jalan Allah
5. orang yang berkahwin dengan  wanita solehah
6 orang berhijrah demi kebaikan
7. orang yang menolong orang susah
8. orang yang menuntut ilmu kerana Allah dan pembiayanya
9. orang yang menjaga kedua ibu bapa
10. orang yang menjaga anak
11. orang yang menggembirakan keluarga
12: orang yang mengerjakan haji dan umrah
13. orang yang mengerjakan solat
14. orang yang membaca Al-Quran
15. orang yang bertawakal

Sumber: Rezeki bermodalkan Ibadah ( Muhammad Isa Selamat)




Buku bertajukkan Rezeki Bermodalkan Ibadah yang ditulis Muhammad Isa Selamat salah satu buku yang sangat bermanfaat, Alhamdulillah, aku Berjaya membaca buku ini sampai ke helaian terakhir. ^^ jadi dengan senang hati dan ringan jari ini menaip kongsi dengan pembaca sekalian. Tidak banyak yang boleh kongsi disini jadi kalian kenalah cari buku ini di kedai buku berhampiran, murah ja Rm6.00 sebuah. Inshaallah, tidak rugi….berbaloi ^^


P/s: Carilah Rezeki yang halal

Wassalam




Daisypath - Anniversary