Selasa, 6 Ogos 2013

Hari semalam


5 ogos, maknanya lagi 2 hari syawal menjelang tiba. Sedih bila fikirkan, ramadhan berlalu lagi, adakah diri ini masih ada kesempatan menyambut bulan ramadhan tahun 2014?? Namun hati masih bersyukur masih bernyawa saat ini...bumi kudat ini sudah 2 hari hujan, syukur tiada berlaku banjir dimana-mana. Cuaca terasa sejuk sekali, hujan dan angin bertiup diluar....bangga tengok adik2 masih bersemangat datang sekolah. Sedangkan, kawan2 mereka dari sekolah lain banyak yang sedang bercuti ganti sempena sambutan aidilfitri...
Lonceng sekolah berbunyi, menandakan tamat persekolahan hari ini. Guru Besar meminta aku keluar dipintu pagar sekolah membantu murid-murid sekolah balik dan naik kereta dengan selamat disebabkan hujan.
Aku membantu pengawal keselamatan mengiringi murid sekolah masuk ke kereta masing-masing, bergilir2 aku payungkan budak2 ni keluar. Rasa cemburu pula, masa aku sekolah rendah dulu, aku dan kawan2 tidak pun dilayan baik mcm ini... Seingat aku, hujan, banjir, ribut, kami balik ja berjalan kaki  Paling tidak pun tunggu hujan reda baru balik, tapi kenangan inilah menjadi aset dihari tua, jadi masa aku mengiringi budak2 ini, aku tekad mahu buat yg terbaik, biar saat ini menjadi kenangan berharga buat mereka. Senyum sendirian... (^_^)
 
 




Daisypath - Anniversary