Rabu, 14 Ogos 2013

Anjing Rumahku


Kali ini rumah aku didatangi seekor anjing  jantan yang berwarna putih bertompok hitam de bahagian belakang. Mempunyai ekor yang panjang dan telinga berwarna hitam. Keluarga aku tidak pernah pun mengambil anjing sebagai haiwan peliharaan selama aku hidup, paling ada pun kucing, ayam, itik dan kerbau haha, tu masa duduk di kampung ketika masa dahulu. Bila pindah di pekan, anjing-anjing di kawasan perumahan aku tidak payah diundang, banyak anjing liar yang datang, ada yang baik ada yang jahat…kalau aku, memang takut anjing, kecik-kecik dulu banyak kali kena serang anjing..hehe trauma..

Kali ini anjing yang mencuba nasib dirumah aku, kira baik dan setia juga, mana tidak, bila ada anjing lain cuba datang masuk kawasan rumah mesti menyalak…orang yang lalu lalang di depan rumah aku pun takut, anjing ni selalu bising. Kalau difikirkan bagus juga untuk keselamatan.  Anjing ni pun kira pandai juga ikut bapa aku pergi  kerja maklumlah, rumah dengan pejabat bapa aku dekat ja..500 m.Mengikut keterangan bapa aku, anjing ini menjaga kereta bapa aku di parking kereta. Patutlah aku tidak nampak anjing ini  masa bapa aku kerja.

Bila kami sekeluarga pergi tempat yang jauh, mulalah anjing ini mengejar kereta bapa aku sampai di simpang tiga keluar pergi jalan utama. Bila balik rumah pula, anjing ini setia menunggu depan pintu pagar.Dari jauh dengar bunyi kereta bapa aku, anjing ini mula libas-libaskan ekornya..dan telinganya diturunkan…aku fikir..oh! manjanya…hehe tapi disebabkan dalam agama melarang , aku batalkan niat ja mahu pegang anjing ini, lagi pun takut dekat2 dengan anjing ini..HAHAHA…tetapi jangan salah sangka agama melarang ada kebaikan, boleh pegang anijng tapi kena samak, kalau aku lebih baik jangan pegang. (^_^)

Teringat mula-mula anjing ini datang rumah, Nampak badannya berkurap dan kurus.  Setelah sekian lama tinggal di rumah aku, aik! gemuk dah anjing ini, kurap pun hilang…hehe ketara sangatlah rumah aku banyak sisa makanan untuk anjing ini makan. Kadang2 bapa aku rajin juga bagi anjing ini makanan berprotin tinggi. Apa lagi makin sukalah anjing ini…


Dalam semua hal ada juga keburukan, anjing ini ada juga buruknya, kadang2 buat mak aku pula hilang sabar, mana tidak hampir setiap hari mak bapa aku pergi samak semua anak tangga, anjing ini suka sangat lepak di anak tangga..hehe .bapa aku mula sayang dengan anjing ini, bapa aku selalu ajar anjing ini, supaya jangan tidur di atas tangga. Sekarang anjing ini semakin faham pula, aku tidak pernah lagi Nampak dia tidur atas tangga selalu anjing ini tinggal bawah  rumah, kalau tunggu bapa aku pulang pun, anjing ini lepak di depan rumah. wujud juga anjing macam ini kan,…ingatkan cerita semata-mata…kali ini berlaku dalam hidup aku sendiri. (^_^) aku mahu  bagi nama dia  Tompok…apa-apa pun haiwan pun ada perasaan dan hak untuk hidup lebih baik.

Sayangi dan hargai haiwan disekeliling kita. (^_^)

Daisypath - Anniversary