Khamis, 10 November 2016

Aku mengandung lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera^^

Mood baik sungguh ni sampai aku boleh buat entri sekali banyak ni. Idea pun mencurah-curah hehe
entri ini  aku nak umumkan aku mengandung lagi hehe ALhamdulillah.. masa dapat tahu aku mengandung lagi aku happy, bila fikir balik anak pertama baru capai 1 tahun , mulalah dup dap dup dap..hahaha takut kena sound nurse nurse tu bila aku nak register nanti hehe.... tapi dorang bising sebab kerja dorang ingatkan ibu-ibu risiko macam aku ini. Aku tak salahkan dorang tapi mulut tu lapis sikit. Tapi masa register tu nurse sini OK je. Nasihat sikit2 je. 

Aku memang nak tambah satu lagi memandangkan aku ini suri rumah sepenuh masa. Plan nak mengandung awal 2017 tup tup dah ada ^^ sekarang dah 22 minggu bahagia rasa nikmat tendangan baby dalam perut lagi.

Banyak cabaran taw berbadan dua sambil jaga anak pertama 1 tahun ni. Mencabar kesabaran, fizikal, dan mental.

Anak  baru 1 tahun masih lagi dalam fasa nak manja-manja dengan aku, terpaksa juga aku dukung dia kan dengan berbadan dua ni tapi aku tetap berhati-hati, Alhamdulillan semua dalam keadaan baik.  Semua orang maklum anak 1 tahun masih berhak sangat dengan susu badan sehingga mencapai 2 tahun. Pasal nak susu badan ni lah paling mencabar sangat. Aku baru tahu bila mengandung ni automatik susu badan drop, Jadi bila anak nak menyusu tu korang akan rasa derita sakit teramat.. Mungkin nilah memaksa ibu kena berentikan anak berenti dari menyusu badan dan salah satu sebab tidak digalakkan mengandung sebelum anak dahulunya capai 2 tahun. Kesian anak,kesian si ibu. 
 Semua ini buat aku nak menghargai ibu bapa aku semampu yang boleh. banyaknya pengorbanan ibu-ibu kita, apatah lagi mengandungkan kita adik beradik yang ramai dan rapat...nak layan si abang, si kakak lagi, nak jaga badan, mana lagi nak jaga baby dalam perut, nak jaga rumah nak masak....ah banyangkan! 

Pesananlah sikit buat perempuan, gadis atau perawan yang belum berkahwin belum merasa cabaran menjaga anak ni. Jaga mulut, jaga hati ibu baba, jaga hati ibu diluar sana ye tidak kiralah kenal ke tak. 

Tiba-tiba rasa nak call mak aku, tapi kredit dah habis sobs sobs sobs T.T

****



Daisypath - Anniversary

Lilypie - First Birthday