SweetMuslimah.com
Memaparkan catatan dengan label Bicara Hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bicara Hati. Papar semua catatan

Selasa, 6 Ogos 2013

Hari semalam


5 ogos, maknanya lagi 2 hari syawal menjelang tiba. Sedih bila fikirkan, ramadhan berlalu lagi, adakah diri ini masih ada kesempatan menyambut bulan ramadhan tahun 2014?? Namun hati masih bersyukur masih bernyawa saat ini...bumi kudat ini sudah 2 hari hujan, syukur tiada berlaku banjir dimana-mana. Cuaca terasa sejuk sekali, hujan dan angin bertiup diluar....bangga tengok adik2 masih bersemangat datang sekolah. Sedangkan, kawan2 mereka dari sekolah lain banyak yang sedang bercuti ganti sempena sambutan aidilfitri...
Lonceng sekolah berbunyi, menandakan tamat persekolahan hari ini. Guru Besar meminta aku keluar dipintu pagar sekolah membantu murid-murid sekolah balik dan naik kereta dengan selamat disebabkan hujan.
Aku membantu pengawal keselamatan mengiringi murid sekolah masuk ke kereta masing-masing, bergilir2 aku payungkan budak2 ni keluar. Rasa cemburu pula, masa aku sekolah rendah dulu, aku dan kawan2 tidak pun dilayan baik mcm ini... Seingat aku, hujan, banjir, ribut, kami balik ja berjalan kaki  Paling tidak pun tunggu hujan reda baru balik, tapi kenangan inilah menjadi aset dihari tua, jadi masa aku mengiringi budak2 ini, aku tekad mahu buat yg terbaik, biar saat ini menjadi kenangan berharga buat mereka. Senyum sendirian... (^_^)
 
 




Khamis, 1 Ogos 2013

satuharibulanlapan

Assalamualaikum dan salam ramadhan
&
Salam Aidilfitri
Yang Bakal Menjelang Tiba, juga Ditunggu-Tunggu Semua Insan


Bila aku jenguk-jenguk blog ni, aii..lama betul ownernya tidak update. Last update februari pula ni, ..masa free di office ni, aku pun ambil kesempatan update dan teringin pula kongsi sesuatu disini…hehe

Sudah masuk bulan yang ke-2 aku bekerja disini. Dikelilingi kaum cina..hehe tidak pernah terbayang aku ditempatkan disini memandangkan aku memang tidak faham bahasa cina. Tapi aku cuba berfikiran positif, mesti ada sebab dan hikmahnya bila aku dihantar disini. 

Dari aku mula jejak kaki di sekolah cina ini, hasrat aku mahu belajar bahasa cina sudah ada dan aku pernah luahkan hasrat aku ni didepan guru besar tapi guna nada gurau2 ja masa tu tapi dalam hatiku, aku memang serius hehe guru besar di sekolah ini baik dan prihatin, dia bagi respon positif masa tu.  Ada masa free di pejabat, aku belajar sikit-sikit bahasa cina Tanya guru-guru yang ada.  Tanpa diduga dan diundang penolong kanan 1 sekolah ini bagi aku tutor percuma. Alhamdulillah, Dia memang baik hati dan rajin. Guru-guru lain pula ada juga membantu tapi tidak banyak, maklumlah kerja banyak lepas tu masa disekolah pun setengah hari ja. Aku pula sampai ke petang.

Mula-mula aku belajar hang yu pin yin.. susah juga dan rasa sangat susah terutama belajar 4 jenis suara yang ada dan sebutan, lebih-lebih lagi masa puasa ini, naa sampai kering tekak ... hehe

Sekarang aku mula belajar kumpulan penulisan dan cara menulis cina. Hmm memang banyak kena belajar tapi aku kuatkan semangat juga belajar perlahan-lahan supaya boleh kuasai bahasa cina ini sekurang-kurangnya 3M.

Apa yang aku belajar di alam pekerjaan ni, apa-apa pun kerja yang kita buat atau dapat mesti buat dengan ikhlas... wassalam








Khamis, 29 Disember 2011

Simple update untuk FINAL...

Add caption



UNLOCKING OUR POTENTIAL!!

GOOD LUCK TO ALL...


Jumaat, 23 Disember 2011

HATI mu HATI ku JUA

ASSALAMUALAIKUM  semua.....


Sesungguhnya hati kita sama, tetapi kandungannya berbeza...sakit bila disakiti dan dikhianat..tetapi cara kita berbeza. Bak kata pepatah: rambut sama hitam hati lain-lain


Khamis, 22 Disember 2011

Final exam lagi

 Salam semua, lama dah aku x update blog ni..hahaha
sekarang sibuk sangat dengan  final year project, jadi dengan ini aku mengambil kesempatan mengucapkan selamat ...jeng2...



ucapan ini ditujukan juga kepada adik2 junior dan kawan2yang terlibat...hehe..semoga semester ini lebih baik dari semester yang lalu...amiin...

kataRatu: All the best!!

Isnin, 5 Disember 2011

Teman sebilik




~ Assalamualaikum...<3 ~

Siapa pernah tengok cerita ni...?? mesti  ramai yang dah tengok kan, cerita yang agak menakutkan bagi saya ..hehe (penakut). cakap pasal roomate ni..macam-macam kes, termasuklah kisah dalam cerita The Roomate ni la kan...agak2lah kan..ada tak org mcm watak Rebecca ni??   eeeehh...TAKUT..jangan...


I bukan nak cerita pasal  si rebecca ni ,  tapi nak sentuh pasal Roomate ...hehe
biasanya yang ada roomate selain adik beradik ni, bila masuk asrama, kampus, rumah sewa dll.

Sabtu, 12 November 2011

Kisah sejuta kata


"Kisah sejuta kata" terlampau banyak kisah kita dalam hidup kan..tapi susah nak cerita sebab perlu keluarkan sejuta kata. semua insan didunia ni mesti ada kisah-kisah menarik dan sedih...hehe
  ah pernah baca buku " jangan bersedih" bacalah buku ni best...(tak abis baca pon..hahaha)

tapi buku ni bestlah...serius!

Rabu, 9 November 2011

adakah saya belajar cara yang Betul??


Assalamualaikum, 
hari ini aku  kongsi tentang belajar pula...hehe

Seminggu yang Lalu aku dapt tahu Markah Test I aku REndah boleh dikatakan tergolong dalam golongan tercorot.. 

kemudian sehari yang lalu, member (member dapat markah tinggi) bgtaw... study kena lah ada 3 perkara

Apakah 3 perkara tu??????

Selasa, 8 November 2011

Jangan Berputus Asa- Ingat Lima perkara




Aktiviti pertama:  tidur berlebihan...kritikal kritikal


Aktivit kedua


Aktiviti Ketiga: Makan

Isnin, 7 November 2011

Membazir masa.......

 ASsalamualaikum...

Kenapa pelajar selalu membazir masa??
HOBBY...hehe

Memang jadi pelajar IPTA ni satu status yang paling menyeronokkn...kenapa??...sebab selalu ada masa yang menyeronokkan walaupun mengatakan "AKU SIBUK, JANGAN KACAU!"

Jumaat, 4 November 2011

Penyelidikan~Research~



Research dengar macam susahkan, memang bukan mudah pun...kena banyak bekorban masa berseronok, bermain games dan macam-macam lagi. bak kata pepatah:


"bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian"


Ingat ALLAH s.w.t selalu dan semua akan menjadi baik. (peringatan untukdiri sendiri)


Anggaplah masalah itu adalah ujian dari ALLAH dan bukanlah satu hukuman. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Pemurah dan Penyayang...




Buat kawan-kawan yang terlibat dengan Final Year Project...banyakkan bersabar, ini adalah permulaan sebelum kita melangkah ke alam pekerjaan...




FIGHTING!! gunakan semua kemampuan yang kita ada...hehe


KataRatu: Cuti sorang2 ni membosankan...

Hari Raya Aidiladha

 Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah s. w.t , Tahun ini kita masih berpeluang menyambut Hari raya Aidiladha dan bagi yang mampu, masih berpeluang menunaikan ibadat haji..


Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Dipetik dari:  http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidiladha


Dengan ini aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada kawan-kawan yang menyambut,keluarga dan juga seluruh rakyat Malaysia...

Bg kawan-kawan yang balik rumah,  semoga bergembira dan jangan lupa buat assignment...hehe

Bg kawan-kawan yang tidak balik...jangan sedeh2... 


Apa-apa pun semoga apa yang kita lakukan dimudahkan oleh ALLAH s.w.t..Amiin..




kataRatu: aku mawu balik juga!!.....

Selasa, 25 Oktober 2011

Learning from Mistakes





What do you think about B.A.D?
You can say:
  1.   unpleasant
  2. full of problems
  3.  bad weather
  4.  bad dream
  5.   bad habit
  6.  bad behavior
  7.  Bad Grammar (may be its me…LOL)
  8. Bad looking
  9. Bad people
But how about Bad-Min-ton (LOL….joking) bad-min-ton is not included what I mean for B.A.D.
Nowadays bad can anywhere, anytime and anyone can become a bad. Trust me or not you can try observing and seeing what happens around you. 

Your sister or brother, mom and dad, friends, boyfriend, girlfriend, best friend, teacher, roommate and etc. all can cheat on you anytime and anywhere. But it’s no point to not trust them at all. Don’t do that, because B.E.L.I.E.V.E is very important in any kind of relationship. Without trust and Believe you can’t going anywhere and you are nothing.

If you don’t people do something bad to you, don’t do it! 

If you not ready become a bad person, don’t do it because it’s YOU who hurt most.

If people do something bad to you, takes it easy and solve it.
Don’t do something rush because it waste your time. COOL its Right word… -I think-


So, try becoming a patience person from bottom your heart. Bad and Good things always come to us because God wants to test us either we a bad or good person.




KataRatu: Learning from Mistakes

Rabu, 4 Mei 2011

Buat Teman-temanku...


assalamualaikum...aku saja nak ucapkan...



SELAMAT HARI JADI KEPADA SEMUA YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN....

Blogger Graphics
I found some really Cute Blogger Layouts at Doobix.com


dan....


SELAMAT BERCUTI KEPADA KAWAN-KAWAN YANG BALIK RUMAH AWAL, JUGA YG BALIK LAMBAT...HATI2 TAW....
SAYANG U ALL SELALU...
Blogger Graphics
I found some really Cute Blogger Layouts at Doobix.com



JUMPA NEXT SEMESTER YER....
Blogger Graphics
I found some really Cute Blogger Layouts at Doobix.com

Isnin, 2 Mei 2011

USIAKU MENINGKAT LAGI...hehe

SELAMAT HARI JADI...!!!

kepada diri sendiri hehe... umur aku sudah genap 22 tahun....xlama lagi grade..., kerja, kawin, jadi ibu, nenek,....dn setrusnya....

semoga allah mengabulkan smua impian aku..dan  memanjangkan umur mak aku yang bersusah payah lahirkan aku ketika 3 mei ini dan bapa aku yang bersusah payah besarkan aku sampai sekarang...Amin...amin..amin

banyak kenangan 03. mei bagi aku...hehe sejak di bangku sekolah lagi....setiap kali 3. mei..ramai kawan-kawan, keluarga dan cikgu2 wish hari jadi....


tu yang buat aku senyum jak spanjang hari... apa org terengganu ckp (senyum sokmo) hehe.....dulu banggalah sebab makin besar la katakan.....sekarang hehe...makin lama makin tua pula aku rasa....hehe

antara parti2 befday yang aku TIDAK BOLEH  LUPAKAN masa kat sekolah rendah, satu parti befday xle lupakan, masa tu... satu kelas buat kejutan, memang best la....ada kek, banyak hadiah....dapt telur sebijik....memang x dpt lupakan...BUSUK...seminggu baju bau telur...nasib baik telur tu grade A...hahaha...



selepas tu, masa kat PLKN, masa ni kawan-kawan sekelas masa kelas kenegaraan buat parti befday...hehehe...tetiba rindu kat diorang pulak....
 masa ni sambut befday ngan sorg member lagi, dia pulak lahir 4 mei.. ingat lagi nama dia SHALLY...hehe...


yang ketiga pulak masa kat universiti ni..., dari semester2 lalu, kawan selalu buat kejutan macam2...hehe
 yang xboleh menari ttba bole menari masa sambut befday member....LUCU plak...rindu sgt time2 ni...ada tu siap pakai costume lg...hahahahha...kenangan yang paling aku tidak boleh lupakan sampai bila-bila...

smpai la ke hari ini...HARI JADI YANG KE-22....
dah tua upanya aku ni...



ini lah orang2 bt aku terharu lebih2.....
pada minit pertama aku genap 22 tahun hehe..
yang bunga n kad merah tu dari someone yang special sangat...tq taw ,1st time dapat bunga masa befday....sayang u selalu..hehe

kad befday yang ada gambar hadiah tu dari kawan yang terbaik..DURRAH..hehe...mmmmwuahh
yang kad paling kretif tu pulak...dari roomate DILA...hehehe...hadiah berbalut tu pun dari DILA jg...tq banyak2 taw... hehe =)

terima kasih juga yg wish kat fb, handphone n yg wish face to face......

TERIMA KASIH   semua.......love u all....mmmmwuahhh.....

goodnite...n assalmualaikum...masa utk mimpi best2 =))

Khamis, 28 April 2011

Belajar---Usia Bukan Jadi Ukuran

Terharu bila baca berita KOSMO hari ini...

 Dipetik dari KOSMO

Lelaki 82 tahun lulus ujian motosikal

28/04/2011 6:00pm

TUMPAT – Demi kasih sayangnya kepada cucu, seorang warga emas sanggup bersusah payah berpanas mengambil ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mendapatkan lesen menunggang motosikal.
Abdullah Che Ibrahim, 82, berkata, sungguhpun agak perit bagi orang telah berusia lanjut sepertinya, atas rasa tanggungjawab menghantar cucunya ke sekolah menggunakan motosikal, beliau sanggup menjalani ujian itu.

Abdullah berkata, beliau mengambil ujian kerana sudah serik disaman oleh polis kerana menunggang motosikal tanpa lesen.

Beliau merupakan satu-satunya warga emas yang lulus ujian bagi mendapatkan lesen menunggang motosikal setelah dapat melakukan pusingan lapan, meniti di garis lurus dan melakukan brek kecemasan dengan sempurna.

"Saya gembira dapat lesen dan kini dapatlah hantar cucu ke sekolah dan jalan tanpa bimbang,” katanya kepada pemberita selepas menerima lesen itu pada majlis penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ di Sekolah Kebangsaan Sri Neting, dekat sini, hari ini. – Bernama


terbuktilah, usia  bukan menjadi ukuran untuk belajar sesuatu, inikan  82 tahun, lelaki yang boleh bergelar datuk kepada cucu ni boleh lulus ujian menunggang motosikal, kenapa tidak anak muda mudi kita sekarang...inilah yang dikatakan kesungguhan dan keihklasan melakukan sesuatu

bak kata pepatah "Dimana ada kemahuan, disitu ada Jalan"

Dengan niat yang baik, matlamat kita pasti berjaya dengan rahmat dan pertolongan dari yang MAHA KUASA......

kata Ratunara: menuntut ilmu sampai ke akhir hayat....hehe... Beruntung ada datuk cam ni...=)

Ahad, 24 April 2011

BICARA HATI...~berjuang di hari pertama....~


hari ini, hari pertama aku dan kawan-kawan aku duduk di dewan peperiksaan selama 2 jam....
pada mulanya aku membuka helaian kertas soalan...berdebar rasa....
fuhh...lega,syukur soalan tidaklah susah sangat....(senyum puas dalam hati)
aku mula menjawab dengan penuh yakin....
tiba-tiba pertengahan soalan....ALAMAK!!
ah, menyesalnya,sub topik yg aku abaikan masuk pula...

aku berhenti menjawab dan membaca ke soalan seterusnya...
OMG,..soalan macam  ini pun ada,..matila aku macam ni,
, tidak ada idea langsung
apalah nasibku ini....

kemudian.............

aku berhenti menjawab dan merenung kwn-kwn sebelah,
ada yang bertungkus-lumus, ada yang macam aku, duduk termenung....hehe
 
akhirnya 20 minit  yang terakhir, aku terpaksa menjawab soalan,
walaupun agak mengarut, yang penting ada jawapan dalam setiap soalan

itu lah yang terjadi hari ini....sangatlah misteri bagi semalam...
esok pula jadi misteri bagi hari ini...
dan lusa pula paper yang ke-2 dan ke-3...

mudah-mudahan, semua berjalan dengan baik...AMINNN....


.



Rabu, 20 April 2011

REHAT SEKEJAP.....

ASSALAMUALAIKUM....& have a nice day -------->
to all my friends and my blog reviews.......smile always...hehe




This time I wanted to share with you about my goals last time during I was in semester 4 and 5
have you ever heard, write your goals on paper or anywhere will become a reality ....??

This happened to me during I was in semester 4 and 5. at the beginning of the semester I will write a pointer that I want to accomplish. then after the semester ended, the same results come out with my goals early in the semester ..... wow, So amazing right!!, I am so happy and thankful to Allah....
 
I can feel something now.....this semester is more frightening than last semester .... REALLY??

 
hehehe......takut tak kawan-kawan??

I pray, this six-semester, I can achieve my goals again. so did my friends, may all be get good  RESULTS AGAIN AGAIN AND AGAIN......


WISH U ALL GOOD LUCK &

DON'T GIVE UP!
 
p/s: sorry la...english broken banyak..kakakaka  HOPE U LIKE IT
 

Ahad, 10 April 2011

KISAH PEMBERSIH


http://www.google.com.my/search?q=buang+sampah
"KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN"

Inilah yang sering keluar dari mulut sesiapapun, tidak kiralah tua atau muda.semua orang ada fitrah pembersih, cuma bezanya, malas atau rajin.

Akan tetapi, Wajarkah sesorang itu membuang barang orang lain, tanpa kebenaran dan tanpa bertanya hanya kerana barang itu kelihatan seperti SAMPAH dimatanya??
bagaimana kalau anda ada keluarga yang bersifat seperti ini, seorang yang PEMBERSIH. setiap kali membersih rumah ada saja barang anda yang hilang. apakah perasaaan anda??

bagaimanakah jika barang tersebut adalah barang yang anda hargai, barang yang paling susah nak cari kat dunia (bagi anda)hanya kerana anda tersilap letak dan kelihatan seperti sampah, seseorang telah membuangnya???pernahkah anda terpikir, jika anda mengemas rumah, anda melihat sekeping sampul surat yang buruk, comot, kotor dan sebagai seseorang pembersih anda jijik memegangnya dan terus membuang kepingan kertas itu tanpa menyelidik isi kandungan sampul itu?? bagaimana sekiranya sampul itu berisi cek bernilai juta-juta??
sekiranya sampul itu milik orang lain, mampukah anda menggantikan duit berjuta-juta??fikir-fikrkanlah....

p/s: kita sebagai manusia yang diciptakan mempunyai akal fikiran dan sememangnya hidup bermasyarakat, JAGALAH KEBERSIHAN DAN JANGAN BUANG SAMPAH SESUKA HATI

Rabu, 23 Mac 2011

BERBUDI KEPADA TANAH

Ini kononnya hendak berbudi kepada tanah, masa member bagi cili suruh makan, aku pergi tanam biji cili tu dalam polibeg.... hehe... apa lagi sedap jak  aku dan member aku tu pergi ambik tanah dekat ladang kampus. minta-minta dihalalkan...hehe


ini lah cili tu....hehe dah kedut. lama simpan kat dapur.....
sayang pulak nak buang....jadi aku pun pergi tanam biji cili ni...
dengan penuh harapan, 
terbayang buah cili yang baru aku  dengan semangatnya keluarkan biji cili ni...sampai rasa panas jari jemariku...

Inilah rupa bentuk biji benih ciliku....
cara-cara menanam:
mula-mula, rendam biji cili ini dalam air selama sejam. 
dan bagi mengenal pasti biji benih mana yang sesuai untuk ditanam..
 pilih  cili yang tenggelam sahaja untuk ditanam...
selepas itu, semai biji ini di tempat semaian anda dan elakkan menanam biji cili terlalu dalam sebab kedalaman mempengaruhi kadar percambahan cili.

cili setinggi 1 inci lebih selepas 2 minggu dalam polibeg.....



ini gambar ciliku yang terbaru, tinggi lebih kurang 15cm.
kalau tengok daun pokok ini ada tanda-tanda kekurangan nutrient;
tompok-tompok kuning atas daun pokok, batang pokok kurus dan daun terbakar

aku harap pokok cili ini berbuah sebelum habis semester....
boleh la bagi kawan-kawan yang suka makan cili
tingginya harapan hehe....

p/s: BERBUDILAH PADA TANAH & CILI BAIK UNTUK KESIHATAN