SweetMuslimah.com
Memaparkan catatan dengan label Masak Dan Makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masak Dan Makan. Papar semua catatan

Selasa, 7 April 2015

Bubur tepung Kosong


Untuk mengubat hati yang tidak puas hati pasal cukai ni, hari ini ada mood masak bubur tepung kosong je la, kan semua demam naikkan harga barang, nanti beli daun pandan, sagu, santan, gula melaka semua kena fikir banyak kali sebelum beli takut kena cukai yang tak berpatutan, takut bajet lari...sebelum gst naik pun lada benggala hijau aku kena cas rm7.00  tidak sampai sekilo dan hanya 3 biji...hmmm

Bahan-bahan

Tepung Gandum
Gula

Cara-caranya

Bancuh tepung gandum dengan air biasa, boleh bubuh gula sedikit agak-agak jangan terlampau lembik dan terlampau keras. sebelum tu jerangkan air dalam periuk sehingga mendidih, sukatan air jangan terlampau banyak. Tengah mendidih tu  masukkan bancuan tepung tu sedikit demi sedikit ikut size kesukaan masing-masing, aku suka buat kejik2 je, senang budak2 makan...kemudian biarkan mendidih sekejap. siap!




untuk lagi sedap campurlah susu sejat ke...hmmm walaupun tidakkan nampak mewah tapi masih boleh dimakan sampai habis...yummmy





Rabu, 20 Februari 2013

Dinownsool Pokizak


Assalamualaikum

Dinownsool pokizak atau dimelayukan namanya boleh dikenali sebagai “acar peria”. Seperti yang kita sedia maklum, peria ini pahit dan ramai anak-anak muda menolak makanan ini dimeja makan.

Resepi ini disediakan untuk anda yang baru berjinak-jinak dengan sayur ini.
Bahan-bahan
1. Sebiji buah peria
2. Asam jawa
3. ikan masin
4. Halia
5. Garam
6. Sedikit MSG





Cara-cara
Hiris buah peria secara nipis lebih kurang 1cm dan rendam dengan air garam untuk seketika bagi mengurangkan rasa pahit. Garam boleh digantikan dengan limau nipis (lagi sedap). Sambil menunggu, bakar ikan masin sehingga masak, kemudian cuci ikan masin untuk hilangkan hitam-hitam kesan dibakar dan potong. Selepas peria dan ikan masin yang dibakar siap, campurkan kedua-duanya ke dalam mangkuk, campurkan halia sedikit dan masukkan garam dan MSG secukup rasa . Jangan bubuh banyak garam, ikan masin sudah cukup masin. Untuk menambahkan rasa sedap, bolehlah ditambahkan dengan cili padi mengikut kesukaan anda. Untuk menaikkan aromanya pula tambahkan daun selasih atau Lompodos dalam bahasa rungus.  Selepas tu simpan seketika dan dinownsool pokizak sedia dihidangkan...sedap cubalah sendiri. (^_^)

wassalam.


Selasa, 8 November 2011

Menu Hari ini= Lunch + Dinner

Assalamualaikum...



Alhamdulillah rezeki hari ini...

hehe...adik-adik junior masak. ini bukan saya buli...dieorg yang nak masak..


iNI  telur  mata  Bulan sabit Masak sos Cili untuk makan malam...hehe

ini Tomyam Campur lauk makan tengah hari...jangan tengok rupa...Sedapppppp...



KataRatu: agak2 boleh buat  bisnes tak??

Isnin, 7 November 2011

Dimana ada Kemahuan Disitu ada Jalan

Siapa Pandai Masak??



mesti semua orang jawab " saya pandai masak!" mestilah semua orang pandai memasak, kecuali orang2 yang betul-betul tidak boleh memasak sebab tidak mampu...


semua boleh memasak jika ada kemahuan...