SweetMuslimah.com

Rabu, 23 Mac 2011

BERBUDI KEPADA TANAH

Ini kononnya hendak berbudi kepada tanah, masa member bagi cili suruh makan, aku pergi tanam biji cili tu dalam polibeg.... hehe... apa lagi sedap jak  aku dan member aku tu pergi ambik tanah dekat ladang kampus. minta-minta dihalalkan...hehe


ini lah cili tu....hehe dah kedut. lama simpan kat dapur.....
sayang pulak nak buang....jadi aku pun pergi tanam biji cili ni...
dengan penuh harapan, 
terbayang buah cili yang baru aku  dengan semangatnya keluarkan biji cili ni...sampai rasa panas jari jemariku...

Inilah rupa bentuk biji benih ciliku....
cara-cara menanam:
mula-mula, rendam biji cili ini dalam air selama sejam. 
dan bagi mengenal pasti biji benih mana yang sesuai untuk ditanam..
 pilih  cili yang tenggelam sahaja untuk ditanam...
selepas itu, semai biji ini di tempat semaian anda dan elakkan menanam biji cili terlalu dalam sebab kedalaman mempengaruhi kadar percambahan cili.

cili setinggi 1 inci lebih selepas 2 minggu dalam polibeg.....



ini gambar ciliku yang terbaru, tinggi lebih kurang 15cm.
kalau tengok daun pokok ini ada tanda-tanda kekurangan nutrient;
tompok-tompok kuning atas daun pokok, batang pokok kurus dan daun terbakar

aku harap pokok cili ini berbuah sebelum habis semester....
boleh la bagi kawan-kawan yang suka makan cili
tingginya harapan hehe....

p/s: BERBUDILAH PADA TANAH & CILI BAIK UNTUK KESIHATAN