SweetMuslimah.com

Ahad, 10 April 2011

KISAH PEMBERSIH


http://www.google.com.my/search?q=buang+sampah
"KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN"

Inilah yang sering keluar dari mulut sesiapapun, tidak kiralah tua atau muda.semua orang ada fitrah pembersih, cuma bezanya, malas atau rajin.

Akan tetapi, Wajarkah sesorang itu membuang barang orang lain, tanpa kebenaran dan tanpa bertanya hanya kerana barang itu kelihatan seperti SAMPAH dimatanya??
bagaimana kalau anda ada keluarga yang bersifat seperti ini, seorang yang PEMBERSIH. setiap kali membersih rumah ada saja barang anda yang hilang. apakah perasaaan anda??

bagaimanakah jika barang tersebut adalah barang yang anda hargai, barang yang paling susah nak cari kat dunia (bagi anda)hanya kerana anda tersilap letak dan kelihatan seperti sampah, seseorang telah membuangnya???pernahkah anda terpikir, jika anda mengemas rumah, anda melihat sekeping sampul surat yang buruk, comot, kotor dan sebagai seseorang pembersih anda jijik memegangnya dan terus membuang kepingan kertas itu tanpa menyelidik isi kandungan sampul itu?? bagaimana sekiranya sampul itu berisi cek bernilai juta-juta??
sekiranya sampul itu milik orang lain, mampukah anda menggantikan duit berjuta-juta??fikir-fikrkanlah....

p/s: kita sebagai manusia yang diciptakan mempunyai akal fikiran dan sememangnya hidup bermasyarakat, JAGALAH KEBERSIHAN DAN JANGAN BUANG SAMPAH SESUKA HATI