SweetMuslimah.com

Khamis, 28 April 2011

Belajar---Usia Bukan Jadi Ukuran

Terharu bila baca berita KOSMO hari ini...

 Dipetik dari KOSMO

Lelaki 82 tahun lulus ujian motosikal

28/04/2011 6:00pm

TUMPAT – Demi kasih sayangnya kepada cucu, seorang warga emas sanggup bersusah payah berpanas mengambil ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mendapatkan lesen menunggang motosikal.
Abdullah Che Ibrahim, 82, berkata, sungguhpun agak perit bagi orang telah berusia lanjut sepertinya, atas rasa tanggungjawab menghantar cucunya ke sekolah menggunakan motosikal, beliau sanggup menjalani ujian itu.

Abdullah berkata, beliau mengambil ujian kerana sudah serik disaman oleh polis kerana menunggang motosikal tanpa lesen.

Beliau merupakan satu-satunya warga emas yang lulus ujian bagi mendapatkan lesen menunggang motosikal setelah dapat melakukan pusingan lapan, meniti di garis lurus dan melakukan brek kecemasan dengan sempurna.

"Saya gembira dapat lesen dan kini dapatlah hantar cucu ke sekolah dan jalan tanpa bimbang,” katanya kepada pemberita selepas menerima lesen itu pada majlis penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ di Sekolah Kebangsaan Sri Neting, dekat sini, hari ini. – Bernama


terbuktilah, usia  bukan menjadi ukuran untuk belajar sesuatu, inikan  82 tahun, lelaki yang boleh bergelar datuk kepada cucu ni boleh lulus ujian menunggang motosikal, kenapa tidak anak muda mudi kita sekarang...inilah yang dikatakan kesungguhan dan keihklasan melakukan sesuatu

bak kata pepatah "Dimana ada kemahuan, disitu ada Jalan"

Dengan niat yang baik, matlamat kita pasti berjaya dengan rahmat dan pertolongan dari yang MAHA KUASA......

kata Ratunara: menuntut ilmu sampai ke akhir hayat....hehe... Beruntung ada datuk cam ni...=)