ASSALAMUALAIKUM semua.....
Sesungguhnya hati kita sama, tetapi kandungannya berbeza...sakit bila disakiti dan dikhianat..tetapi cara kita berbeza. Bak kata pepatah: rambut sama hitam hati lain-lain
Kita sama-sama manusia, berusaha menjaga hati sesama kita, masing2 pentingkn hati sendiri tetapi jangan terlampau menjaga hati sendiri lupa hati orang lain terutama orang paling dekat dengan kita.
Tetapi jangan pula terlampau menjaga hati orang lain lupa hati sendiri.
Mungkin tanpa kita sedar, orang yang paling dekat dengan kitalah yang paling banyak makan hatI sebab kita.
Merekalah tempat kita bergurau, meluahkan perasaan bila sedih, berkongsi kegembiraan dan macam2.Tetapi kita lupa hati dan perasaan mereka macam mana. Bergurau tu biar berpadah, berkata-kata tu biar lembut supaya mereka sentiasa gembira disamping kita dan kita pun rasa selesa.
Jangan sampai kita dah kehilangan mereka baru kita tahu kita kehilangan. Hargai setiap hati dan perasaan di sekeliling kita. kerana hati mereka sama macam hati kita. Bayangkanlah apa yang kita cakap tu mnyakitkan mereka, fikirlah ia juga menyakitkan kita jika kita ditempat mereka.
Belajarlah menggunakan perkataan yang baik2 dan elakkan perkataan " Bad Word" dalam percakapan kita.
mungkin bagi kita biasa tetapi mungkin bagi orang lain luar biasa dan sangat biadap.Bagi kita ia hanya satu gurauan semata-mata, tetapi orang lain menganggapnya disebaliknya..
wallahu a'lam...
kataRatu: USB camera rosak...patah hatiku....huhuk =(