SweetMuslimah.com

Khamis, 1 Ogos 2013

satuharibulanlapan

Assalamualaikum dan salam ramadhan
&
Salam Aidilfitri
Yang Bakal Menjelang Tiba, juga Ditunggu-Tunggu Semua Insan


Bila aku jenguk-jenguk blog ni, aii..lama betul ownernya tidak update. Last update februari pula ni, ..masa free di office ni, aku pun ambil kesempatan update dan teringin pula kongsi sesuatu disini…hehe

Sudah masuk bulan yang ke-2 aku bekerja disini. Dikelilingi kaum cina..hehe tidak pernah terbayang aku ditempatkan disini memandangkan aku memang tidak faham bahasa cina. Tapi aku cuba berfikiran positif, mesti ada sebab dan hikmahnya bila aku dihantar disini. 

Dari aku mula jejak kaki di sekolah cina ini, hasrat aku mahu belajar bahasa cina sudah ada dan aku pernah luahkan hasrat aku ni didepan guru besar tapi guna nada gurau2 ja masa tu tapi dalam hatiku, aku memang serius hehe guru besar di sekolah ini baik dan prihatin, dia bagi respon positif masa tu.  Ada masa free di pejabat, aku belajar sikit-sikit bahasa cina Tanya guru-guru yang ada.  Tanpa diduga dan diundang penolong kanan 1 sekolah ini bagi aku tutor percuma. Alhamdulillah, Dia memang baik hati dan rajin. Guru-guru lain pula ada juga membantu tapi tidak banyak, maklumlah kerja banyak lepas tu masa disekolah pun setengah hari ja. Aku pula sampai ke petang.

Mula-mula aku belajar hang yu pin yin.. susah juga dan rasa sangat susah terutama belajar 4 jenis suara yang ada dan sebutan, lebih-lebih lagi masa puasa ini, naa sampai kering tekak ... hehe

Sekarang aku mula belajar kumpulan penulisan dan cara menulis cina. Hmm memang banyak kena belajar tapi aku kuatkan semangat juga belajar perlahan-lahan supaya boleh kuasai bahasa cina ini sekurang-kurangnya 3M.

Apa yang aku belajar di alam pekerjaan ni, apa-apa pun kerja yang kita buat atau dapat mesti buat dengan ikhlas... wassalam