Assalamua’laikum
Allah SWT berfirman yang
maksudnya:
“ Wahai sekalian manusia!
Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut
jejak langkah syaitan”
(Al-Baqarah: 168)
Allah SWT berfirman yang
maksudnya:
“ Dan makanlah dari
rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu rezeki halal lagi baik dan
bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman”
(Al-Maaidah: 88)
Orang –
orang yang murah rezeki
1. orang bersilaturrahim
2. orang beristighfar
3. orang bertakwa
4. orang berderma di
jalan Allah
5. orang yang berkahwin dengan
wanita solehah
6 orang berhijrah demi
kebaikan
7. orang yang menolong
orang susah
8. orang yang menuntut
ilmu kerana Allah dan pembiayanya
9. orang yang menjaga
kedua ibu bapa
10. orang yang menjaga
anak
11. orang yang
menggembirakan keluarga
12: orang yang
mengerjakan haji dan umrah
13. orang yang
mengerjakan solat
14. orang yang membaca
Al-Quran
15. orang yang
bertawakal
Sumber: Rezeki bermodalkan
Ibadah ( Muhammad Isa Selamat)
Buku
bertajukkan Rezeki Bermodalkan Ibadah yang ditulis Muhammad Isa Selamat salah
satu buku yang sangat bermanfaat, Alhamdulillah, aku Berjaya membaca buku ini
sampai ke helaian terakhir. ^^ jadi dengan senang hati dan ringan jari ini
menaip kongsi dengan pembaca sekalian. Tidak banyak yang boleh kongsi disini
jadi kalian kenalah cari buku ini di kedai buku berhampiran, murah ja Rm6.00
sebuah. Inshaallah, tidak rugi….berbaloi ^^
P/s:
Carilah Rezeki yang halal
Wassalam