SweetMuslimah.com

Jumaat, 27 November 2015

Menyambut kelahiran si comel part 3


Entry ini sekadar nak kongsikan pengalaman sendiri kalau ada kurang tu,maklumlah aku pun manusia biasa-biasa jer..

Mesti mom to-be ni tengah risau,berdebar-debar menunggu kelahiran si comel. normal semua ibu pun rasa mcm tu..tidak kira anak keberapa pun, yang bezanya cara kita handle perasaan. Sebelum nak admit hospital ni, mama kena sediakan barang dalam kereta siap-siap atau letak di satu sudut supaya senang nak angkut bila tiba saat dinanti..ada banyak sebab kenapa admit hospital ni...ada awal, lambat dan tepat2 masa due..kita doa jer yang baik-baik.

First, bakal mama ni kena tahu tanda-tanda awal bersalin, rajin-rajinlah belajar cari info..paling senang nak tahu sakit belakang teramat sangat sakitnya,sakit bawa tu mcm period tak lancar, keluar darah, pecah air ketuban..hah pecah air ketuban ini 1 dari 10 wanita bersalin jer boleh terjadi, biasa doktor yang pecahkan..jadi kalau ikutkan akulah yang satu tu hehe..lagi satu jangan salah faham, pecah air ketuban ke, keluar darah ke.. baby tu tidak terus keluar..dia ambik masa terutama bersalin pertama kali, ikut badan masing2...ada cepat ada lambat, jadi pentingnya doa ketika itu, orang disisi, ketenangan, kesabaran, kekuatan, dan ketahanan..masa itulah kita rasa kesakitan bersalin yang sebenarnya.kalau nak tahu, sakitnya tu ikut ketahanan masing2 ada boleh tahan, ada tidak. cubalah bertahan sedaya mungkin...

sebelum bersalin
--->baring mengiring ke kiri
--->banyak berjalan
--->jangan teran baby keluar
--->makan tambah tenaga
--->cek air ketuban*bagi yang leaking
--->jangan bersendirian, berbual dengan teman sebelah
--->zikir dan doa
--->pastikan baju baby dah ready
--->sentiasa tenang
--->solat

ketika bersalin
--->tenang
--->ikut arahan dokor atau nurse
--->teran baby dengan cara betul( dagu di dada, tangan tarik peha ke arah kepala)*penting untuk elak koyakan yg teruk

selepas bersalin
--->Susukan baby secepat mungkin
--->kencing*penting kecutkan rahim
--->urut breast dan tuam dengan air suam*lancarkan pengaliran air susu
--->bedung bayi dengan cara yang betul*elak baby menangis kuat
---> makan untuk pulih tenaga
--->minum air suam
--->berjalan

bakal ibu, mama diluar tu rajin2lah bertanya pada ibu-ibu yang senior jadi bolehlah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan nanti.

selamat menjadi ibu^.^