Kali ini rumah aku didatangi
seekor anjing jantan yang berwarna putih bertompok hitam de bahagian belakang. Mempunyai ekor yang panjang
dan telinga berwarna hitam. Keluarga aku tidak pernah pun mengambil anjing
sebagai haiwan peliharaan selama aku hidup, paling ada pun kucing, ayam, itik dan kerbau haha, tu masa duduk di kampung ketika masa dahulu. Bila pindah di pekan, anjing-anjing di kawasan perumahan aku tidak payah
diundang, banyak anjing liar yang datang, ada yang baik ada yang jahat…kalau
aku, memang takut anjing, kecik-kecik dulu banyak kali kena serang anjing..hehe
trauma..
Kali ini anjing yang mencuba
nasib dirumah aku, kira baik dan setia juga, mana tidak, bila ada anjing lain
cuba datang masuk kawasan rumah mesti menyalak…orang yang lalu lalang di depan
rumah aku pun takut, anjing ni selalu bising. Kalau difikirkan bagus juga untuk
keselamatan. Anjing ni pun kira pandai juga
ikut bapa aku pergi kerja maklumlah,
rumah dengan pejabat bapa aku dekat ja..500 m.Mengikut keterangan bapa aku,
anjing ini menjaga kereta bapa aku di parking kereta. Patutlah aku tidak nampak
anjing ini masa bapa aku kerja.
Bila kami sekeluarga pergi tempat yang jauh, mulalah anjing ini mengejar kereta bapa aku sampai di simpang tiga
keluar pergi jalan utama. Bila balik rumah pula, anjing ini setia menunggu
depan pintu pagar.Dari jauh dengar bunyi kereta bapa aku, anjing ini mula
libas-libaskan ekornya..dan telinganya diturunkan…aku fikir..oh! manjanya…hehe
tapi disebabkan dalam agama melarang , aku batalkan niat ja mahu pegang anjing
ini, lagi pun takut dekat2 dengan anjing ini..HAHAHA…tetapi jangan salah sangka
agama melarang ada kebaikan, boleh pegang anijng tapi kena samak, kalau aku
lebih baik jangan pegang. (^_^)
Teringat mula-mula anjing ini datang
rumah, Nampak badannya berkurap dan kurus. Setelah sekian lama tinggal di rumah
aku, aik! gemuk dah anjing ini, kurap pun hilang…hehe ketara sangatlah rumah aku banyak sisa
makanan untuk anjing ini makan. Kadang2 bapa aku rajin juga bagi anjing ini
makanan berprotin tinggi. Apa lagi makin sukalah anjing ini…
Dalam semua hal ada juga
keburukan, anjing ini ada juga buruknya, kadang2 buat mak aku pula hilang
sabar, mana tidak hampir setiap hari mak bapa aku pergi samak semua anak
tangga, anjing ini suka sangat lepak di anak tangga..hehe .bapa aku mula sayang
dengan anjing ini, bapa aku selalu ajar anjing ini, supaya jangan tidur di
atas tangga. Sekarang anjing ini semakin faham pula, aku tidak pernah lagi Nampak dia
tidur atas tangga selalu anjing ini tinggal bawah rumah, kalau tunggu bapa aku pulang pun,
anjing ini lepak di depan rumah. wujud juga anjing macam ini kan,…ingatkan
cerita semata-mata…kali ini berlaku dalam hidup aku sendiri. (^_^) aku mahu bagi nama dia Tompok…apa-apa pun haiwan
pun ada perasaan dan hak untuk hidup lebih baik.
Sayangi dan hargai haiwan
disekeliling kita. (^_^)