SweetMuslimah.com

Rabu, 20 Februari 2013

Dinownsool Pokizak


Assalamualaikum

Dinownsool pokizak atau dimelayukan namanya boleh dikenali sebagai “acar peria”. Seperti yang kita sedia maklum, peria ini pahit dan ramai anak-anak muda menolak makanan ini dimeja makan.

Resepi ini disediakan untuk anda yang baru berjinak-jinak dengan sayur ini.
Bahan-bahan
1. Sebiji buah peria
2. Asam jawa
3. ikan masin
4. Halia
5. Garam
6. Sedikit MSG





Cara-cara
Hiris buah peria secara nipis lebih kurang 1cm dan rendam dengan air garam untuk seketika bagi mengurangkan rasa pahit. Garam boleh digantikan dengan limau nipis (lagi sedap). Sambil menunggu, bakar ikan masin sehingga masak, kemudian cuci ikan masin untuk hilangkan hitam-hitam kesan dibakar dan potong. Selepas peria dan ikan masin yang dibakar siap, campurkan kedua-duanya ke dalam mangkuk, campurkan halia sedikit dan masukkan garam dan MSG secukup rasa . Jangan bubuh banyak garam, ikan masin sudah cukup masin. Untuk menambahkan rasa sedap, bolehlah ditambahkan dengan cili padi mengikut kesukaan anda. Untuk menaikkan aromanya pula tambahkan daun selasih atau Lompodos dalam bahasa rungus.  Selepas tu simpan seketika dan dinownsool pokizak sedia dihidangkan...sedap cubalah sendiri. (^_^)

wassalam.