SweetMuslimah.com

Khamis, 7 Februari 2013

Sk Tiga Papan

Assalamualaikum

Kali ni cerita tentang sekolah lama aku pula. (^_^) rindu sekolah lama aku yang ni. Aku sempat habiskan masa di sekolah ni sampai umur aku 9 tahun, lepas tuh aku transferred pula sekolah lain sk pinawantai kudat. 

SK TIGA PAPAN KUDAT


Sk Tiga Papan ni bekas perkuburan jepun. ah dulu ada pokok Mangga dekat dengan pokok renek sekolah ni, masa umur aku 9 tahun lilitan batang pokok tu dah besar. Mungkin umur pokok tuh dah mencecah 100tahun sekarang, sayangkan pokok tu dah ditebang. Dengar cerita pokok tuh ditebang sebb budak2 suka memanjat pokok mangga tu, Untuk mengelakkan kemalangan, pokok mangga tu pun ditebang, sekarang wujud pula pokok renek tu.. serius, aku tengok pokok mangga tu dulu pon dah seram sejuk, memang patut ditebang....

Dulu masa zaman aku, sekolah ni plain ja, pas tuh lantai sekolah boleh nampak tanah bawah sekolah...banyak lubang, masa tu tiada Tadika lagi, kawan2 sekelas masa tu semua tidak pernah pergi pra-sekolah. terus masuk tahun 1. untung adik2 di sini.   Sekarang sekolah ni dah maju, ada tadika, sekolah dah bercat, dah banyak pokok bunga, mungkin cikgu pun sudah ditukar. (^_^). banyak kenangan di sekolah ni. biarpun di pelusuk kampung. tempat ni masih best...rindu kawan2 dulu...semua nakal2...


sampai di sini ja cerita kisah lama sekolah aku. (^_^)