SweetMuslimah.com

Selasa, 5 April 2011

TAHUKAH ANDA??

ASSLAMUALAIKUM.....entri kali ini aku nak berkongsi apa yang aku belajar semiggu yang lalu...kali ini Aku saja letak tajuk ini.....(TAHUKAH ANDA??)...zaman sekarang ramai anak-anak muda yang tidak mengetahui jenis-jenis ikan. Termasuklah aku sendiri. Jadi Praktikal kali ini, aku bersyukur sangat dapat mengenali ikan patin, belut dan ikan keli. mesti dekat luar sana ada yang geli dengan binatang ini kan...hehehe....

semasa praktikal kami ditugaskan untuk mengkaji perut ikan..bukan perut lain yer....kami memastikan apa yang ikan-ikan ini makan. Dengan yang demikian, pensyarah aku bagi ikan yang masih hidup. Ikan yang sudah mati tidak sesuai dijadikan specimen dalam experimen ini.

Mari kita tinjau bersama-sama...

Ini  alat-alat yang perlu ada
1. gunting
2. pisau
3. forceps
4. lain-lain yang sesuai




Kita mulakan dengan ikan patin 


Inilah ikan patin namanya..... (selepas habis experimen, member dah bawa balik dah ikan ni...masak kat umah dier...hehe)


Ikan patin selepas dibedah


sistem pencernaan ikan patin. yang 
kembung berwarna merah tu perut ikan patin...tu yang nak kaji tu...apa yang ada dalam perut ikan tu.....

kalau dekat rumah ini, sudah tentu kita tidak sempat kaji-kaji perut ikan kan..
.( buang jer terus...hehe)

selepas perut ikan dikeluarkan, kami memasukkan ke dalam petri dish untuk dilihat bawah microscope

 stereo microscope


Inilah makanan yang terdapat dalam ikan patin. (apakah ini??)
tahniah kepada kawanku yang berjaya menemui benda ini
(aku jadi tukang tangkap gambar jer...hehehe)


Ikan keli

selepas bedah ikan patin, kami bedah ikan keli pula....ikan keli ini bahaya sikit, sengat ikan keli perlu dibuang sebelum process membedah.


 disebabkan ikan keli ini masih hidup, 2-3 orang terpaksa pegang ikan keli ini. 
takut melompat keluar pula
(kalau dekat rumah ni, tak payah lah pegang ramai2 siang jer....hehe)


selepas  beberapa minit, akhirnya kawan-kawanku yang tidak mengenal putus asa, berjaya membuka luas perut ikan keli ni..."ah buka luas2, aku nak tangkap gambar ni,hehe".SYABAS!!! kawan-kawan...
.(ewww!!!)


Inilah uniknya sistem pernafasan ikan keli. 
terdapat seperti bentuk bunga-bunga yang cantik...
memandangkan aku tiada ilmu yang mendalam pasal sistem pernafasan ikan keli ini, tidak dapat dikenal pasti nama-nama setiap bahagian dengan tepat
(cantik la insang ikan keli ni...lain drpd yang lain..hehe


Cukup sampai ini sahaja untuk entri kali ini.. harap semua enjoy entri kali ini....hehe...cerita tentang belut tidak dapat disertakan. konklusi praktikal ini kurang memuaskan sebab kami tidak menjumpai pelbagai makanan dalam perut ikan tu....apapun kami semua happy!! 



wassalam....