SweetMuslimah.com

Isnin, 26 Ogos 2013

sembelit


Assalamualaikum dan hai..hai..
 
 
Siapa  pernah mengalami sembelit? buang air besar tidak lawas?? oh!! Derita tidak terhingga duduk dalam toilet lama-lama..ah pernah kan..hahaha mari cuba DUA tips dibawa ini..mudah-mudahan berkesan insyaallah..
 
TIPS pertama Senang saja..korang bangun pagi sebelum atau selepas solat subuh, korang duduklah minum air kosong/putih banyak-banyak,..bagi masa perut kita ini menerima penangan air sejuk yang asli (suhu bilik)..bagi yang bekerja bangunlah lebih awal yer...insyaallah dalam beberapa minit korang rasa mahu buang semuanya..hehe JANGAN TANGGUH LAGI terus ja pergi toilet...
 
TIPS kedua~ makan buah-buahan yang banyak serat, antaranya buah naga @ dragon fruit @ pitaya. makan sebanyak mungkin buah spesis ini, ..insyaallah berkesan
 
How to Eat Dragon Fruit ~ cara makan buah naga buat korang yang belum kenal buah naga ini.
 
 
Banyak lagi tips2 mencegah sembelit ini bolehlah korang klik DI SINI, hehe...baca jangan tidak baca...setakat ini aku cuba  dua tips diatas, Alhamdulillah..berhasil hahaha


p/s: Buah Naga mahal..sebiji boleh mencecah RM7.00 . Jadi tanamlah buah naga..kompen boleh untung..hehe

Selasa, 20 Ogos 2013

Geng Bingolon


9hb ogos 2013 perkahwinan kawan aku yang pertama aku Berjaya hadiri. Perasaan yang sukar untuk digambarkan. Dulu masa sekolah menengah sama-sama belajar kini aku menyaksikan dia duduk di pelamin  digandingkan bersama wanita pilihan hatinya. Happy..(^^) bila aku agaknya duduk mcm ni..


 Dari kiri : man, azam, ??? , viviana (pengantin perempuan) ryan(kawan aku a.k.a pengantin lelaki) aku, ROS mawar (my old friend)

Sebelum balik, kami sempat berkunjung di pantai Kampung Bingolon..wahhhhhh best!!! Angin bertiup dari laut Sulu…mungkin..OR laut china selatan..whatever (^^)


                   Rasa macam pantai ini aku yang punya..HAHA

semoga dapat berkunjung lagi disini..tapi WARNING jalan pergi kampung Bingolon too bad. Perlu penambahbaikan dan naik taraf!!!


* GENG BINGOLON ----> to be continue ~TRIP to KUDAT

Rabu, 14 Ogos 2013

Anjing Rumahku


Kali ini rumah aku didatangi seekor anjing  jantan yang berwarna putih bertompok hitam de bahagian belakang. Mempunyai ekor yang panjang dan telinga berwarna hitam. Keluarga aku tidak pernah pun mengambil anjing sebagai haiwan peliharaan selama aku hidup, paling ada pun kucing, ayam, itik dan kerbau haha, tu masa duduk di kampung ketika masa dahulu. Bila pindah di pekan, anjing-anjing di kawasan perumahan aku tidak payah diundang, banyak anjing liar yang datang, ada yang baik ada yang jahat…kalau aku, memang takut anjing, kecik-kecik dulu banyak kali kena serang anjing..hehe trauma..

Kali ini anjing yang mencuba nasib dirumah aku, kira baik dan setia juga, mana tidak, bila ada anjing lain cuba datang masuk kawasan rumah mesti menyalak…orang yang lalu lalang di depan rumah aku pun takut, anjing ni selalu bising. Kalau difikirkan bagus juga untuk keselamatan.  Anjing ni pun kira pandai juga ikut bapa aku pergi  kerja maklumlah, rumah dengan pejabat bapa aku dekat ja..500 m.Mengikut keterangan bapa aku, anjing ini menjaga kereta bapa aku di parking kereta. Patutlah aku tidak nampak anjing ini  masa bapa aku kerja.

Bila kami sekeluarga pergi tempat yang jauh, mulalah anjing ini mengejar kereta bapa aku sampai di simpang tiga keluar pergi jalan utama. Bila balik rumah pula, anjing ini setia menunggu depan pintu pagar.Dari jauh dengar bunyi kereta bapa aku, anjing ini mula libas-libaskan ekornya..dan telinganya diturunkan…aku fikir..oh! manjanya…hehe tapi disebabkan dalam agama melarang , aku batalkan niat ja mahu pegang anjing ini, lagi pun takut dekat2 dengan anjing ini..HAHAHA…tetapi jangan salah sangka agama melarang ada kebaikan, boleh pegang anijng tapi kena samak, kalau aku lebih baik jangan pegang. (^_^)

Teringat mula-mula anjing ini datang rumah, Nampak badannya berkurap dan kurus.  Setelah sekian lama tinggal di rumah aku, aik! gemuk dah anjing ini, kurap pun hilang…hehe ketara sangatlah rumah aku banyak sisa makanan untuk anjing ini makan. Kadang2 bapa aku rajin juga bagi anjing ini makanan berprotin tinggi. Apa lagi makin sukalah anjing ini…


Dalam semua hal ada juga keburukan, anjing ini ada juga buruknya, kadang2 buat mak aku pula hilang sabar, mana tidak hampir setiap hari mak bapa aku pergi samak semua anak tangga, anjing ini suka sangat lepak di anak tangga..hehe .bapa aku mula sayang dengan anjing ini, bapa aku selalu ajar anjing ini, supaya jangan tidur di atas tangga. Sekarang anjing ini semakin faham pula, aku tidak pernah lagi Nampak dia tidur atas tangga selalu anjing ini tinggal bawah  rumah, kalau tunggu bapa aku pulang pun, anjing ini lepak di depan rumah. wujud juga anjing macam ini kan,…ingatkan cerita semata-mata…kali ini berlaku dalam hidup aku sendiri. (^_^) aku mahu  bagi nama dia  Tompok…apa-apa pun haiwan pun ada perasaan dan hak untuk hidup lebih baik.

Sayangi dan hargai haiwan disekeliling kita. (^_^)