Tanjung Simpang Mengayau, antara tempat yang menarik di kudat, banyak lagi tempat lain, antaranya Pantai Kimihang, Pantai Bak Bak, Pantai Kelambu, dan macam2 tempat lagi, aku tidak sebut disini sebab belum pernah pergi lagi (^_^). inshallah kalau ada rezeki aku pergi la kesemua pantai yang ada di kudat ni.
Cuti tahun baru cina ni aku pun tidak ketinggalan pergi bercuti, tiada tempat lain, Simpang Mengayau lagi...
|
Sign Board ni boleh kita nampak di Pekan Sikuati (^^) Jauh lagi Tip of Borneo tu.. |
Hari ahad di pekan sikuati, masyarakat di sini datang memeriahkan lagi "TAMU SIKUATI" best....Lama betul aku tidak menjenguk tamu sikuati ni, dekat 5 tahun, dulu setiap hari ahad datang, sebab sekolah di kawasan ni. Tamu Sikuati atau juga dikenali Pasar ni, berbeza dengan pasar di semenanjung Malaysia, makanan semestinya berbeza, cara peniaga meniagakan produk mereka pun ada bezanya, masyarakat pun berbeza, secara kesimpulan budaya hidup berbeza, tapi jangan lupa we are 1MALAYSIA. (^_^)
Semasa aku menghabiskan masa di tamu ni, aku dapat juga snap gambar yang menarik perhatian aku; semestinya makanan (aku tengah lapar ketika ni, awal pagi hehe) ,perhiasan tradisional dan sigup. Ada mcam2 lagi tapi ni ajala yang dapat dikongsikan di tamu sikuati ni, kamera pun tidak secanggih mana....
|
Antara Makanan yang ada di Tamu sikuati. |
Banyak lagi makanan di sini, disebabkan kawasan ni sibuk, aku snap sikit2 aja, hmm nampak ka minuman colorful tu, sepanjang aku hidup di Terengganu, belum pernah lagi aku nampak minuman warna kuning mcm tuh..ka aku ni tidak perasan minuman2 di Terengganu (^_^)
|
Perhiasan pakaian tradisional kaum rungus (gambar atas: Orot , gambar bawa atas; lungkaki) |
Banyak lagi perhiasan baju rungus, tunggu mak aku habis tempah semuanya, baru aku sambung cerita tentang pakaian tradisional rungus. (^_^) or mungkin aku bole cuba pakai semuanya...in my dream haha
|
Perhiasan Tradisional Kaum Rungus |
Manik2 ni dicucuk dan direka sendiri oleh masyarakat rungus disini. Cantik dan unik...kalau ada masa aku sendiri pergi melawat Longhouse di Kampung Tinangol. Selalu pergi kampung tu tapi tidak pernah masuk LOnghouse. rugikan...huhu
|
Ini lah "Sigup" |