SweetMuslimah.com

Rabu, 25 Februari 2015

Suami banyak peminat, isteri cemburu

Assalamualaikum,
Syukur kepada Allah swt yang memberi saya kesihatan yang sempurna malam ni, dengan kemampuan menaip dan berkongsi sedikit pahit manis hidup ini.^_^

'Ini Kisah Suami Isteri'  karya Dr. HM Tuah Iskandar buku ni bagus untuk dijadikan bahan bacaan untuk orang yang sudah berumah tangga, khususnya wanita. kenapa wanita??  kita semua tahu wanita ni imaginasi terlampau tinggi bila bercakap tentang suami, ada tuh realiti ada tu hanyalah sangkaan semata-mata lebih-lebih lagi kita yang bergelar suri rumah ni. Apapun kita sebagai wanita/isteri/ibu janganlah tanam sifat cemburu buta tu dihati. Cemburu tu kan SAYANG. Banyakkan melakukan perkara yang mendekatkan diri dengan ALLAH supaya fikiran sentiasa besih dan tenang, Insyaallah (untuk diri saya sendiri juga) 

Buku ini boleh juga bakal-bakal isteri/suami membacanya..boleh beli dimana2 kedai bookstores, online pun boleh 


Apa yang saya suka buku ni, hah, penulisnya lelaki, fikirannya pun mungkin mewakili lelaki, bolehlah kita lebih memahami lelaki sedikt sebanyak. Apapun kandungan buku ni bukan semata-mata tentang lelaki, tetapi merangkumi semua dalam hal rumah tangga. Saya bukan mahu cerita kandungan buku ni, Dr tuah ni sudah cukup berpengalaman dalam hal ini. tiada siapa boleh menafikannya. 

Suami banyak peminat, Isteri cemburu

hah, bukan maksudnya isteri pun mahu banyak peminat juga. Saya bersyukur dikurniakan wajah yang sederhana, sebab saya mahu setia dengan suami, jadi kalau dah cun melecun tu, saya takut iman saya tidak kuat menahan godaan di luar sana, rosaklah plan mahu setia ni.. tapi kalau wajah sederhana ni tidak mampu membuat si suami setia, apakan daya kalau kita sudah berusaha melakukan yang termampu sebagai wanita biasa. 

Dalam buku ni banyak Dr. Tuah ni bagi tips mahu buat rumah tangga kekal bahagia, Antaranya jagalah badan, kekalkan badan yang ramping untuk suami biarpun dah beranak ramai. hehe bukan senang mahu kekal badan ramping ni...yang penting sentiasa kekal sihat.hehe senyum jelah...

Biarpun lelaki ni rupanya macam mana pun pasti ada peminat diluar, kalau ada rupa sedikit tu makin betambah-tambah peminatnya...kalau yang tahan godaan tu, lega hati isteri dirumah, macam mana kalau suami tu jenis mudah tergoda?? hah.. berusahalah dalam segala cara dan sudut supaya suami tercinta tidak dikebas ataupun berkongsi kasih dengan wanita lain. kalau dapat suami seperti ni, kita jangan cepat melenting, tunjuk marah marah, cemburu sana sini..
Kita sama2 tambahkan kasih sayang, manja manja dalam layanan kita terhadap suami. jangan pula kita mahu balas dendam...nanti semakin parah. Lakukan semuanya dengan ikhlas. Susah?? ya memang susah bila hati sudah sakit ni susah sangat mahu tunjuk muka manis, tingkah laku seperti biasa...bila sedar ni, alangkah tabahnya wanita2 yang mampu melakukannya..kannnnnnnnnnnn 
Kalau tidak berjaya juga, berserah dengan Maha Esa, dia lebih tahu segala-galanya

CEMBURU, kalau ada pengukur perasaan cemburu ni, saya mungkin kategori mempunyai kadar cemburu yang teruk, cemburu ni bahaya...kalau melampaui batas boleh mengubah rasa ketidakpercayaan kepada suami. Sekiranya kita silap, boleh jadi huru hara, jadi berpadah-padahlah bila cemburu ni datang. Pernahkah terfikir, macam mana perasaan ni datang?? takkan pokok bergoyang kalau tiada angin ataupun orang goyangkan?? kannn... Firasat wanita ni sentiasa betul hihihi betulkah??? ini buat saya rasa bangga menjadi wanita 

Bila ada wanita lain telefon suami kita, nombor yang sama, selalu pula tu..sms  yang mencurigakan??
Tindakan suami yang lagi mencurigakan??
Suami macam orang lain?? dulu apa kita cakap dia dengar jew..sekarang banyak jawapan hmmm..bila isteri bawa berbual " sekejap" yang tiada sudah...
Suami selalu sibuk di luar ataupun di rumah...
tiada lagi masa bersama...........

Semua ni buat kita perempuan berfikir bukan-bukan....lebih-lebih lagi bila ada orang sudah goyangkan pokok...mula berfikir bukan-bukan ni...macam2 persoalan timbul, kalau dibiarkan jadilah kesimpulan" dia tidak sayang saya lagi" Bahaya...

Kalau lelaki yang prihatin dia kan bertanya,kenapa kita muram, sedih, marah-marah, kalau jenis tidak prihatin kita sayangilah diri kita sendiri dulu...buatlah apa yang patut, solat tahajud, banyak dengar zikir, baca quran. semua ni boleh membantu...apa yang penting selidik dulu dan komunikasi dengan suami tu penting.

kita perempuan sama-samalah kikis perasaan cemburu buta ni...Poligami??
pernah seseorang tanya, kalau suami tidak mahu saya lagi macam mana atau dia mahu kahwin lain lagi?? mampu terseyum je..dalam fikiran Allah belum menguji saya sampai ke tahap ini. Jika tiba masanya...tak mampu saya banyangkan semoga kehidupan saya bersama suami tercinta dicucuri rahmat dariNYA.

Sebagai penutup perkongsian yang agak panjang ni, Golongan wanita inilah yang mudah masuk surga Allah swt, kita jangan lupa, kita juga yang mudah masuk neraka. Kita jugalah penyebab suami, bapa dan saudara lelaki masuk neraka, jadi sama-samalah berusaha memperbanyakkan amal ibadah demi Allah swt dan orang yang kita sayang.

Buku yang banyak kisah yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran
>>>>>>>>rawatlah hati<<<<<<<<<


PUTRAJAYA INTERNATIONAL BOOK FAIR 2015  ON 17-22 MARCH 2015, 10AM-9PM @ PICC, teringin nak datang sini ^_^