SweetMuslimah.com

Rabu, 25 Februari 2015

Peniaga Online Biadap


Wujud juga orang macam ini..Dunia~ kan dah Viral


Ada juga peniaga macam ni, tidak semua peniaga online macam ni. Bagi peniaga online yang tahu adab, peraturan berniaga, ikhlas berniaga tidak lah sampai menjadi isu seperti ini. Kalau diikutkan bukannya susah pakai bank in online kan..just transfer RM9.00 tu..., saya percaya semua peniaga online ini guna bank in online. Kenapa susah sangat, ataupun bagi je diskaun RM1.00 tu.

Pelanggan bukan senang nak dapat, mungkin orang ini dah senang nak tarik pelanggan, sehingga boleh layan pelanggannya macam ini dan tidak menghargai pelanggannya...

Apapun, kisah ini betul atau tidak, boleh lah dijadikan pengajaran kepada semua pihak sama ada peniaga online atau pelanggan itu sendiri.

cerita terperinci klik >>>>peniaga online biadap<<<<

Suami banyak peminat, isteri cemburu

Assalamualaikum,
Syukur kepada Allah swt yang memberi saya kesihatan yang sempurna malam ni, dengan kemampuan menaip dan berkongsi sedikit pahit manis hidup ini.^_^

'Ini Kisah Suami Isteri'  karya Dr. HM Tuah Iskandar buku ni bagus untuk dijadikan bahan bacaan untuk orang yang sudah berumah tangga, khususnya wanita. kenapa wanita??  kita semua tahu wanita ni imaginasi terlampau tinggi bila bercakap tentang suami, ada tuh realiti ada tu hanyalah sangkaan semata-mata lebih-lebih lagi kita yang bergelar suri rumah ni. Apapun kita sebagai wanita/isteri/ibu janganlah tanam sifat cemburu buta tu dihati. Cemburu tu kan SAYANG. Banyakkan melakukan perkara yang mendekatkan diri dengan ALLAH supaya fikiran sentiasa besih dan tenang, Insyaallah (untuk diri saya sendiri juga) 

Buku ini boleh juga bakal-bakal isteri/suami membacanya..boleh beli dimana2 kedai bookstores, online pun boleh 


Apa yang saya suka buku ni, hah, penulisnya lelaki, fikirannya pun mungkin mewakili lelaki, bolehlah kita lebih memahami lelaki sedikt sebanyak. Apapun kandungan buku ni bukan semata-mata tentang lelaki, tetapi merangkumi semua dalam hal rumah tangga. Saya bukan mahu cerita kandungan buku ni, Dr tuah ni sudah cukup berpengalaman dalam hal ini. tiada siapa boleh menafikannya. 

Suami banyak peminat, Isteri cemburu

hah, bukan maksudnya isteri pun mahu banyak peminat juga. Saya bersyukur dikurniakan wajah yang sederhana, sebab saya mahu setia dengan suami, jadi kalau dah cun melecun tu, saya takut iman saya tidak kuat menahan godaan di luar sana, rosaklah plan mahu setia ni.. tapi kalau wajah sederhana ni tidak mampu membuat si suami setia, apakan daya kalau kita sudah berusaha melakukan yang termampu sebagai wanita biasa. 

Dalam buku ni banyak Dr. Tuah ni bagi tips mahu buat rumah tangga kekal bahagia, Antaranya jagalah badan, kekalkan badan yang ramping untuk suami biarpun dah beranak ramai. hehe bukan senang mahu kekal badan ramping ni...yang penting sentiasa kekal sihat.hehe senyum jelah...

Biarpun lelaki ni rupanya macam mana pun pasti ada peminat diluar, kalau ada rupa sedikit tu makin betambah-tambah peminatnya...kalau yang tahan godaan tu, lega hati isteri dirumah, macam mana kalau suami tu jenis mudah tergoda?? hah.. berusahalah dalam segala cara dan sudut supaya suami tercinta tidak dikebas ataupun berkongsi kasih dengan wanita lain. kalau dapat suami seperti ni, kita jangan cepat melenting, tunjuk marah marah, cemburu sana sini..
Kita sama2 tambahkan kasih sayang, manja manja dalam layanan kita terhadap suami. jangan pula kita mahu balas dendam...nanti semakin parah. Lakukan semuanya dengan ikhlas. Susah?? ya memang susah bila hati sudah sakit ni susah sangat mahu tunjuk muka manis, tingkah laku seperti biasa...bila sedar ni, alangkah tabahnya wanita2 yang mampu melakukannya..kannnnnnnnnnnn 
Kalau tidak berjaya juga, berserah dengan Maha Esa, dia lebih tahu segala-galanya

CEMBURU, kalau ada pengukur perasaan cemburu ni, saya mungkin kategori mempunyai kadar cemburu yang teruk, cemburu ni bahaya...kalau melampaui batas boleh mengubah rasa ketidakpercayaan kepada suami. Sekiranya kita silap, boleh jadi huru hara, jadi berpadah-padahlah bila cemburu ni datang. Pernahkah terfikir, macam mana perasaan ni datang?? takkan pokok bergoyang kalau tiada angin ataupun orang goyangkan?? kannn... Firasat wanita ni sentiasa betul hihihi betulkah??? ini buat saya rasa bangga menjadi wanita 

Bila ada wanita lain telefon suami kita, nombor yang sama, selalu pula tu..sms  yang mencurigakan??
Tindakan suami yang lagi mencurigakan??
Suami macam orang lain?? dulu apa kita cakap dia dengar jew..sekarang banyak jawapan hmmm..bila isteri bawa berbual " sekejap" yang tiada sudah...
Suami selalu sibuk di luar ataupun di rumah...
tiada lagi masa bersama...........

Semua ni buat kita perempuan berfikir bukan-bukan....lebih-lebih lagi bila ada orang sudah goyangkan pokok...mula berfikir bukan-bukan ni...macam2 persoalan timbul, kalau dibiarkan jadilah kesimpulan" dia tidak sayang saya lagi" Bahaya...

Kalau lelaki yang prihatin dia kan bertanya,kenapa kita muram, sedih, marah-marah, kalau jenis tidak prihatin kita sayangilah diri kita sendiri dulu...buatlah apa yang patut, solat tahajud, banyak dengar zikir, baca quran. semua ni boleh membantu...apa yang penting selidik dulu dan komunikasi dengan suami tu penting.

kita perempuan sama-samalah kikis perasaan cemburu buta ni...Poligami??
pernah seseorang tanya, kalau suami tidak mahu saya lagi macam mana atau dia mahu kahwin lain lagi?? mampu terseyum je..dalam fikiran Allah belum menguji saya sampai ke tahap ini. Jika tiba masanya...tak mampu saya banyangkan semoga kehidupan saya bersama suami tercinta dicucuri rahmat dariNYA.

Sebagai penutup perkongsian yang agak panjang ni, Golongan wanita inilah yang mudah masuk surga Allah swt, kita jangan lupa, kita juga yang mudah masuk neraka. Kita jugalah penyebab suami, bapa dan saudara lelaki masuk neraka, jadi sama-samalah berusaha memperbanyakkan amal ibadah demi Allah swt dan orang yang kita sayang.

Buku yang banyak kisah yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran
>>>>>>>>rawatlah hati<<<<<<<<<


PUTRAJAYA INTERNATIONAL BOOK FAIR 2015  ON 17-22 MARCH 2015, 10AM-9PM @ PICC, teringin nak datang sini ^_^

Selasa, 24 Februari 2015

Disyaki Demam denggi??


ALLAH!!

Terkejut yang teramat bila mendengar berita ni masa telefon mak di kampung, adikku yang aktif, periang disyaki demam dengki, mudah-mudahan apa2 pun keputusan esok, Allah menyembuhkan adik..dan kembali sihat.

Baru tergerak hati men"Google" tips merawat demam ni..
Banyak juga cara alternatif boleh diguna pakai untuk merawat demam ni. Usaha tu penting, 

Mak pun tengah cari daun betik masa telefon petang tadi. Dengar daun betik ni berkesan merawat demam ni, mungkin dengan kepahitan daun ni yang teramat pahit.

Insyaallah, semua dengan keizinan Allah s.w.t.

cara-caranya bolehlah baca dengan teliti link dibawah ni

sini sini  -cara merawat denggi




Selasa, 10 Februari 2015

Haemoglobin cukup cukup makan??


Ibu yang hamil, mengandung ni salah satu masalah HB kurang...adalah tu kadar bacaan tersendiri. Bagi ibu mengandung kalau tidak silap normal 10-15gram/dl. 11 lebih tu kira cukup2 makan tu sbb apa..risau hb tetiba menurun bawa sepuluh..bahaya tu nanti boleh diserang anemia..
semalam baru check up..wahh hb maintain 11gram/dl..nurse dah bg pil macam2 ni, sebenarnya malas mau makan pil2 ni, susah sangat ditelan, macam tersekat2 di tekak huhu..insaf insaf lepas ni kena makan pil iron tu ikut jadual..

2 jam lepas makan
30 minit sebelum makan
(nurse bg taw, lepas minum susu pun kena tunggu 2 jam baru telan iron tu..ok )

lepas check up tu, terus google makanan apa yg boleh tambah hb..banyak jga sebenaranya,mencari tu susah terutama buah delima tu..jus pun jadilah..

1. pisang
2. bayam
3. hati 
4. kurma
5. kekacang
6. daging merah
7. brokoli
8. telur
9.oat
10.buah delima
11. madu
12. kismis
13. buah delima

Senarai ni baca kat siraplimau. com ~ 13 makanan tambah darah ketika hamil~ baca dan faham betul2. Rasanya banyak2 senarai tu kekacang dan hati tu tidak boleh ambil banyak2, sebab kekacang ni boleh menyebabkan alergik, hati pula ia kan organ kurang baik untuk kesihatan kalau berlebihan.. baru pagi tadi minta hubby beli, 2kg lagi tu..masak pelahan2 seminggu 3 kali habis la tu.. 


Tapi hb cukup2 makan masa tu bukan apa, mungkin masa tu mengantuk, tidak cukup tidur , bgn pagi sarapan ala kadar saja..minum susu, dan beberapa suap nasi goreng kosong.
next time sebelum pg check up, makn byk zat besi dulu..nurse pun bg taw macm tu, untuk mengelak dapat bacaan hb rendah...

terima kasih bagi tips hahaha~

*lepas ni sebulan sekali dapat injection, sebulan sekali kebas2 tangan huhuhu


Rabu, 4 Februari 2015

PRIMIGRAVIDA

ASSALAMUALAIKUM...

Hah, memang tidak tahu kan, apa maksud primigravida ni...
Ini medical term, dimana maksudnya

"Primigravida is a medical term used to refer to a woman who is pregnant for the first time."

kali pertamalah tu mengandung, bakal ibu yang buat kali pertama pergi klinik ibu dan anak, hah nampaklah tu kad u olls ada "primigravida" jangan risau bukan nama sejenis penyakit ke apa..hihihi, 

Jika ingin mengetahui lebih lagi term-term orang pregnant ni..bacalah di sini

16 weeks 3 days