SweetMuslimah.com

Khamis, 10 November 2016

Aku mengandung lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera^^

Mood baik sungguh ni sampai aku boleh buat entri sekali banyak ni. Idea pun mencurah-curah hehe
entri ini  aku nak umumkan aku mengandung lagi hehe ALhamdulillah.. masa dapat tahu aku mengandung lagi aku happy, bila fikir balik anak pertama baru capai 1 tahun , mulalah dup dap dup dap..hahaha takut kena sound nurse nurse tu bila aku nak register nanti hehe.... tapi dorang bising sebab kerja dorang ingatkan ibu-ibu risiko macam aku ini. Aku tak salahkan dorang tapi mulut tu lapis sikit. Tapi masa register tu nurse sini OK je. Nasihat sikit2 je. 

Aku memang nak tambah satu lagi memandangkan aku ini suri rumah sepenuh masa. Plan nak mengandung awal 2017 tup tup dah ada ^^ sekarang dah 22 minggu bahagia rasa nikmat tendangan baby dalam perut lagi.

Banyak cabaran taw berbadan dua sambil jaga anak pertama 1 tahun ni. Mencabar kesabaran, fizikal, dan mental.

Anak  baru 1 tahun masih lagi dalam fasa nak manja-manja dengan aku, terpaksa juga aku dukung dia kan dengan berbadan dua ni tapi aku tetap berhati-hati, Alhamdulillan semua dalam keadaan baik.  Semua orang maklum anak 1 tahun masih berhak sangat dengan susu badan sehingga mencapai 2 tahun. Pasal nak susu badan ni lah paling mencabar sangat. Aku baru tahu bila mengandung ni automatik susu badan drop, Jadi bila anak nak menyusu tu korang akan rasa derita sakit teramat.. Mungkin nilah memaksa ibu kena berentikan anak berenti dari menyusu badan dan salah satu sebab tidak digalakkan mengandung sebelum anak dahulunya capai 2 tahun. Kesian anak,kesian si ibu. 
 Semua ini buat aku nak menghargai ibu bapa aku semampu yang boleh. banyaknya pengorbanan ibu-ibu kita, apatah lagi mengandungkan kita adik beradik yang ramai dan rapat...nak layan si abang, si kakak lagi, nak jaga badan, mana lagi nak jaga baby dalam perut, nak jaga rumah nak masak....ah banyangkan! 

Pesananlah sikit buat perempuan, gadis atau perawan yang belum berkahwin belum merasa cabaran menjaga anak ni. Jaga mulut, jaga hati ibu baba, jaga hati ibu diluar sana ye tidak kiralah kenal ke tak. 

Tiba-tiba rasa nak call mak aku, tapi kredit dah habis sobs sobs sobs T.T

****



NOM KAMIL GUEST HOUSE 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog  aku ni ^^

Last updated blog 15 disember 2015, opps dah hampir setahun tak update hehe

Maknanya Nom kamil dah banyak yang berubah mungkin ada penambahbaikan perkhidmatan dan kawasan persekitaran. Jom Intai NOM kamil guest house apa yang baru agaknya..


Bahagian depan boleh dah santai-santai sambil minum kopi, air milo ke tambah pula pemandangan laut yang ohsem
*gambar diambil pada bulan APRIL 2016

*Gambar diambil pada bulan MAY 2016

*Gambar diambil pada bulan MAY 2016

*Gambar diambil pada bulan MAY 2016
*Gambar diambil pada bulan MAY 2016
Ini antara aktiviti yang kaum lelaki boleh cuba buat, perempuan pun boleh lau mampu nak angkat jala tu hehe
*aku gerenti tak mampu, dapat pasir je nanti haha

*Gambar diambil pada bulan APRIL 2016

Kalau nak datang ke sini bolehlah intai singgah bulan april or may  ^^

Bilik kat sini pun boleh tahan terbaik, bersih dan selesa. Semua bilik ada balkoni luas. Sekarang ada 3 bilik 1 bilik dalam proses pembinaan.

3 BILIK  ( 2 BILIK DENGAN 1 KATIL SAIZ QUEEN, 1 BILIK DENGAN  KATIL SAIZ SINGLE)
QUEEN SIZE


TWIN SINGLE BED


Disinilah aku suka berangan sambil tgk laut yang luas tu hehe
*dijamin takkan putus kecuali berat 100kg aku tak taw
Minat nak bercuti sini?? boleh email aku aisyahomiting@gmail.com atau whatsapp/sms 0133734846 memandangkan page Nom kamil di terminate untuk kepentingan semua pihak.

HARGA PER BILIK RM120/NIGHT ^^


JUMPA LAGI ENTRI SETERUSNYA
*****