SweetMuslimah.com

Selasa, 7 April 2015

Menyambut kelahiran si comel


Alhamdulillah dah masuk minggu ke-28 minggu, semoga aku selamat bersalin hujung bulan Jun nanti, ni first time macam-macam tidak tahu lagi. Lebih-lebih lagi persediaan sambut baby ni..petang ni disebabkan husband out-station aku pun duduk mencari info barang yang perlu ada, ada juga rujuk buku, internet dan keluarga2 yang dah berpengalaman dalam hal ni. Mom-to be bedebar-debar ni walaupun ada 2 bulan lagi hihihi excited pun ada...

Jadi lepas sejam dua cari info dapat juga aku senaraikan apa patut. aku harap ok la ni untuk shopping 1st wave .

Utama
baju lengan panjang(7 pasang)
baju lengan pendek (7pasang)
*3 ada lubang * 4 biasa * material cotton * butang depan
kain bedung (10 helai)
lampin(12 helai)
selimut(3 helai)
towel(3 helai)
sarung tangan(3 pasang)
sarung kaki(3 pasang)
topi(3 helai)
barut baby (10 helai)

Lain-lain
bedak baby
losyen
baby cotton buds
minyak kayu putih
bath tub
wet tissues free alcohol
changing mat
tilam
diapers(mamypoko)

Diri sendiri
pad
kain batik (3 helai)
set bersalin
baju nursing friendly * nanti senang nak bagi susu badan 


disebabkan sekarang ni GST da mula, peniaga pun demam naikkan harga barang, fikir banyak kali juga nak budget...huhuhu







Bubur tepung Kosong


Untuk mengubat hati yang tidak puas hati pasal cukai ni, hari ini ada mood masak bubur tepung kosong je la, kan semua demam naikkan harga barang, nanti beli daun pandan, sagu, santan, gula melaka semua kena fikir banyak kali sebelum beli takut kena cukai yang tak berpatutan, takut bajet lari...sebelum gst naik pun lada benggala hijau aku kena cas rm7.00  tidak sampai sekilo dan hanya 3 biji...hmmm

Bahan-bahan

Tepung Gandum
Gula

Cara-caranya

Bancuh tepung gandum dengan air biasa, boleh bubuh gula sedikit agak-agak jangan terlampau lembik dan terlampau keras. sebelum tu jerangkan air dalam periuk sehingga mendidih, sukatan air jangan terlampau banyak. Tengah mendidih tu  masukkan bancuan tepung tu sedikit demi sedikit ikut size kesukaan masing-masing, aku suka buat kejik2 je, senang budak2 makan...kemudian biarkan mendidih sekejap. siap!




untuk lagi sedap campurlah susu sejat ke...hmmm walaupun tidakkan nampak mewah tapi masih boleh dimakan sampai habis...yummmy





Topup GST (Goods and Service Tax)


Yeaaah GST dah bermula, rata-rata harga barang runcit naik, top-up pun naik juga..negara kita akan kaya sebab pendapatan negara dah banyak, bebas dari hutang, kalau hutang negara semakin naik juga, tak tahu lah....tu menteri2 punya hal, yang penting next election tahu lah aku mahu undi parti mana hahahahahahhahahaha....

semalam aku baru mau top-up digi guna maybank2u, cek-cek digi belum ada lagi, yang ada Celcom, MaXIS, Tunetalk... ada satu lagi hmmm tak ingat sebab aku tak familiar yang tu..

kalau kenaikan top-up macam ni, nanti di kedai kedai topup RM5.30 naiklah ke RM5.80, sebab dulu sebelum ada GST, memang kena cas 0.50 sen, dan sebelum GST topup guna online tak dikenakan cas apa2. hmmmm....tapi mana tahu di kedai topup yang 0.50 sen tu ditukar kepada 0.30 sen  je..murah tu...

yang tidak best setiap pembelian topup kena cukai. pokailah...

Celcom 

MAXIS

Tune Talk

Minggu lalu aku beli ikan bilis headless fuhh rm30.00 sekilo, bulan mac baru beli rm24.00 sekilo tempat sama, peniaga sama. lepas ini orang yang macam saya ni fikir banyak kali nak beli ni, ataupun lepas ni buat sendiri lah...huhuhu